Kemenangan Jepun di Piala Dunia Wanita FIFA tidak hanya membanggakan rakyat Jepun, malah Asia keseluruhannya. Inilah kali pertama sebuah negara di Asia menjulang trofi berprestij dalam acara bola sepak di peringkat tertinggi. Tentunya ia amat mengharukan. Berikut detik-detik manis kemenangan Jepun di final piala dunia ketika menentang Amerika Syarikat.
Kegembiraan Jepun....
Dan Kekecewaan Amerika Syarikat....
Info Ringkas:
Jepun muncul juara Piala Dunia Wanita FIFA untuk kali pertama selepas kemenangan dalam penentuan sepakan penalti ke atas Amerika Syarikat apabila terikat 2-2 selepas masa tambahan.
Pemain pertahanan, Saki Kumagai menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan Jepun menang 3-1.
Terdahulu, Homare Sawa menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat masa tambahan untuk memaksa penentuan penalti itu.
Berikut Highlight perlawanan:
Asia can do it!
ReplyDelete