Google Buat Penjenamaan Semula Untuk Picasa dan Blogger (Picasa=Google Photos, Blogger=Google Blogs)
Google benar-benar mahu projek rangkaian sosial (Google +) nya untuk berjaya. Sehinggakan syarikat itu akan melakukan penjenamaan semula perkhidmatan popularnya iaitu Picasa dan Blogger untuk membantu promosi bagi menyaingi Facebook.
Google akan cuba untuk mengukuhkan jenama dengan penamaan semula Picasa kepada "Google Photos" dan Blogger kepada "Google Blogs". Khabar angin mengatakan bahawa perkhidmatan lain mungkin akan turut terjejas (penjenamaan semula), walaupun nama YouTube akan kekal buat masa ini.
Penjenamaan semula Picasa dan Blogger akan mengambil masa mungkin selama sebulan atau berbulan-bulan, jadi mungkin ia tidak akan siap sepenuhnya ketika perkhidmatan Google + dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Khabar angin mengatakan bahawa perkhidmatan Google + akan dilancarkan pada 31 Julai ini.
Dengan ini, ia juga bermakna bahawa ia adalah tarikh akhir yang tepat untuk semua pemilik Profil Google menukar profil mereka kepada public. Google merasakan bahawa profil yang di private kan tidak memberi sebarang faedah kepada mereka ("untuk membolehkan anda untuk mengurus identiti dalam talian anda") . Dan mulai bulan hadapan, semua profil yang di 'private' kan akan dipadam (delete).
Namun, yang baiknya adalah hanya nama dan jantina anda yang perlu dipaparkan untuk menjadikan profil anda sebagai 'public', manakala selebihnya hanya akan dipaparkan kepada umum mengikut pilihan anda.
Apa kata anda? Adakah anda akan menyertai Google + atau hanya melekat dengan Facebook? Atau mungkin anda akan cuba dan mengendalikan kedua-duanya pada masa yang sama?
[source]
memang ada dua2 pun. fb kan utk benda lain. blog utk benda lain. kenapa mesti nk bersaing? *tanya org yg x brapa fhm sgt dunia perniagaan* btw, if dia nk buat penjenamaan semula, adakah semua blog yg ada skrg akan affected? fuh risau ni.
ReplyDelete@Anarif88 biasalah...google, they are very greedy, semua benda kalau boleh diorg nk dominate-dlm bisnes mmg mcm tu, nk teruskn kelangsungan dan luaskn pengaruh, benda2 mcm ni diorg perlu lakukan-but as user, benda mcm ni is a good thing for us rite?
ReplyDeleteabout rebranding tu, x sure lah blog yg ada akan affected ke x, tp ikut sumber dia kata blog2 yg di private kn akan di delete...x tahulah, ini rumours
singgah dari blogger crew :)
ReplyDeleteprivate profile ni macam mane ek?
@nadia fatihah google punya profile yg diset kan sbg private...bleh tgk di profile->edit profile->privacy
ReplyDeleteheheh, TQ :)
ReplyDeleteowh mcm tue..thanks sudi share info mcm nie...
ReplyDeleteharap2 takde lah iffect kat blogger...
blogger terbaik! :D
ReplyDelete