Skip to main content

Google Buat Penjenamaan Semula Untuk Picasa dan Blogger (Picasa=Google Photos, Blogger=Google Blogs)





Google benar-benar mahu projek rangkaian sosial (Google +) nya untuk berjaya. Sehinggakan syarikat itu akan melakukan penjenamaan semula perkhidmatan popularnya iaitu Picasa dan Blogger untuk membantu promosi bagi menyaingi Facebook.


Google akan cuba untuk mengukuhkan jenama dengan penamaan semula Picasa kepada "Google Photos" dan Blogger kepada "Google Blogs". Khabar angin mengatakan bahawa perkhidmatan lain mungkin akan turut terjejas (penjenamaan semula), walaupun nama YouTube akan kekal buat masa ini.

Penjenamaan semula Picasa dan Blogger akan mengambil masa mungkin selama sebulan atau berbulan-bulan, jadi mungkin ia tidak akan siap sepenuhnya ketika perkhidmatan Google + dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Khabar angin mengatakan bahawa perkhidmatan Google + akan dilancarkan pada 31 Julai ini.

Dengan ini, ia juga bermakna bahawa ia adalah tarikh akhir yang tepat untuk semua pemilik Profil Google menukar profil mereka kepada public. Google merasakan bahawa profil yang di private kan tidak memberi sebarang faedah kepada mereka ("untuk membolehkan anda untuk mengurus identiti dalam talian anda") . Dan mulai bulan hadapan, semua profil yang di 'private' kan akan dipadam (delete).

Namun, yang baiknya adalah hanya nama dan jantina anda yang perlu dipaparkan untuk menjadikan profil anda sebagai 'public', manakala selebihnya hanya akan dipaparkan kepada umum mengikut pilihan anda.

Apa kata anda? Adakah anda akan menyertai Google + atau hanya melekat dengan Facebook? Atau mungkin anda akan cuba dan mengendalikan kedua-duanya pada masa yang sama?


[source]

Comments

  1. memang ada dua2 pun. fb kan utk benda lain. blog utk benda lain. kenapa mesti nk bersaing? *tanya org yg x brapa fhm sgt dunia perniagaan* btw, if dia nk buat penjenamaan semula, adakah semua blog yg ada skrg akan affected? fuh risau ni.

    ReplyDelete
  2. @Anarif88 biasalah...google, they are very greedy, semua benda kalau boleh diorg nk dominate-dlm bisnes mmg mcm tu, nk teruskn kelangsungan dan luaskn pengaruh, benda2 mcm ni diorg perlu lakukan-but as user, benda mcm ni is a good thing for us rite?

    about rebranding tu, x sure lah blog yg ada akan affected ke x, tp ikut sumber dia kata blog2 yg di private kn akan di delete...x tahulah, ini rumours

    ReplyDelete
  3. singgah dari blogger crew :)

    private profile ni macam mane ek?

    ReplyDelete
  4. @nadia fatihah google punya profile yg diset kan sbg private...bleh tgk di profile->edit profile->privacy

    ReplyDelete
  5. owh mcm tue..thanks sudi share info mcm nie...
    harap2 takde lah iffect kat blogger...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.