Skip to main content

(GAMBAR) Tragedi Keretapi Laju 'Made in China'




Isu keselamatan merupakan salah satu isu yang kerap kali dipersoalkan bila menyentuh mengenai barangan buatan China. Itu belum lagi menyentuh mengenai soal kualiti. Tidak hairanlah kejadian kemalangan 'bullet train' ciptaan China yang dimegahkan sebelum ini oleh republik itu, kini menjadi kemarahan bagi kebanyakan rakyat China. 


Dan oleh sebab itu, pihak berkuasa China semalam mengarahkan keselamatan sistem kereta api di negara itu dipertingkatkan serta-merta selepas 43 orang mati dalam kemalangan paling buruk kereta api membabitkan rangkaian kereta api laju negara itu.


Fakta Ringkas kejadian:
  • Sekurang-kurangnya 43 orang dilaporkan mati manakala kira-kira 210 orang lagi cedera. Kedua-dua kereta api membawa 1,400 penumpang ketika kejadian.
  • Kejadian itu berlaku apabila kereta api yang terputus bekalan kuasa selepas disambar petir dilanggar kereta api lain, menyebabkan empat gerabak terhumban ke bawah jambatan dan dua lagi tergelincir dari landasan 
  • Kemalangan yang berlaku di Shuangyu, pinggir bandar Wenzhou itu meningkatkan persoalan mengenai keselamatan rangkaian kereta api laju di China, antara yang terbesar di dunia.


Beberapa jam selepas nahas itu, kerajaan melancarkan langkah pembaikan serta-merta keselamatan kereta api kebangsaan, yang menjadi kebimbangan di seluruh negara walaupun sebelum nahas terbaru itu berlaku.


Pihak berkuasa memecat tiga pegawai kanan kereta api selepas kemalangan di Shuangyu itu dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pengangkutan itu.


Lagi gambar-gambar nahas:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

source: http://www.channelnewsasia.com, http://english.kyodonews.jp, http://www.news.com.au,http://www.telegraph.co.uk

Comments

  1. inilah manusia yg sentiase berbangga kepada ciptaannye sendiri, tapi manusia hari ini lupa yang buat segala-galanye adalah ALLAH s.w.t
    ALLAH SWT telah menyangkal bahawa manusia tidak ada kuase sedikit pun untuk melakukan sesuatu tanpa izinNYA. salam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.