Skip to main content

Data Peribadi Pengguna Facebook Bocor

 
 
 
Maklumat peribadi pengguna Facebook dipercayai dibocorkan secara tidak sengaja kepada pihak ketiga, terutamanya pengiklan, dalam tempoh beberapa tahun lalu, menurut Symantec Corp di laman blog rasminya.


Pihak ketiga boleh mendapat akses kepada maklumat peribadi seperti profil, gambar dan sembang di samping mendapat keupayaan untuk menyiarkan mesej, menurut pengeluar perisian keselamatan komputer itu.

Symantec mendapati sebilangan aplikasi Facebook khususnya aplikasi IFRAME membocorkan 'token akses' kepada pengiklan.Ia menggambarkan token itu sebagai anak kunci ganti untuk membuka bahagian tertentu akaun pengguna Facebook.

 

"Kami menganggarkan sehingga April 2011, hampir 100,000 aplikasi membolehkan kebocoran berlaku. Sejak beberapa tahun lalu, ratusan ribu aplikasi mungkin secara tidak sengaja membocorkan berjuta-juta token akses kepada pihak ketiga, sekali gus menimbulkan ancaman keselamatan," menurut blog itu.

Pihak ketiga terlibat mungkin tidak menyedari mereka berupaya untuk mengakses maklumat itu, katanya.

Facebook, laman web rangkaian sosial terbesar di dunia, dimaklumkan mengenai isu itu dan mengesahkan kebocoran dan telah mengambil langkah untuk mengatasinya, menurut Symantec.
 

Bagaimanapun jurucakap Facebook, Malorie Lucich dalam satu kenyataan mempertikaikan laporan blog itu.

"Malangnya laporan mereka mengandungi beberapa fakta tidak tepat. Terutamanya, kami telah menjalankan siasatan menyeluruh yang mendapati tiada bukti isu ini menyebabkan maklumat peribadi pengguna dikongsi dengan pihak ketiga yang tidak dibenarkan," kata Lucich.

Jelas beliau, laporan itu juga tidak mengambil kira kewajipan pengiklan dan pemaju perisian di bawah kontrak yang melarang mereka daripada memperoleh atau berkongsi maklumat pengguna dengan cara yang 'melanggar polisi kami'.

Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.