Tuesday, June 7, 2011

Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pekerja Malaysia Hanya di Tempat Ke-3





Tahap penguasaan Bahasa Inggeris tenaga kerja Malaysia tidak setanding negara jiran apabila hanya menduduki tempat ketiga daripada lima negara dalam ujian English Language Assessment (Penilaian Bahasa Inggeris)(ELA).


ELA yang dijalankan laman web pekerjaan JobStreet.com mendapati tenaga kerja Singapura menduduki tempat pertama dalam semua kategori pekerja dan pekerja di Filipina menduduki tangga kedua.

Thailand dan Indonesia pula masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima, kata JobStreet.com dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ujian ELA merupakan seleksi 40 soalan yang dipilih secara rawak untuk menguji dan menilai kebolehan golongan terbabit dalam bahasa Inggeris.

Graduan dari Malaysia yang baru bekerja secara purata menjawab 27 daripada 40 soalan dengan betul, manakala graduan baru dari Filipina dan Singapura masing-masing mendapat 28 dan 30 jawapan tepat.

sumber: kosmo

Entri-Entri Berkaitan.....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails