Skip to main content

Rekod Baru Industri Filem Malaysia; Kutipan Filem KL Gangster RM 1.5 juta Hari Pertama Tayangan





Nampaknya satu demi satu rekod sebelum ini lebur. Kali ini filem KL Gangster pula mencipta rekod baru dalam industri perfileman tempatan apabila mengaut kutipan tiket hari pertama paling tinggi berjumlah RM1.5 juta selepas ditayangkan di 81 buah pawagam seluruh negara mulai semalam.


Filem terbitan Skop Production itu yang menelan kos produksi dan promosi mencecah RM2.1 juta memadamkan rekod yang dipegang oleh filem Kongsi terbitan MIG Production yang mengutip sebanyak RM1,085,064 pada hari pertama tayangannya pada 12 Mei lalu.

Penerbit KL Gangster, Datuk Yusof Haslam berkata, dia terkejut apabila filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu mendapat sambutan di luar dugaan meskipun terpaksa bersaing dengan banyak filem asing seperti X-Men First Class dan Super 8 yang sedang ditayangkan di pawagam.

“Saya bersyukur kerana filem KL Gangster berjaya mencatat rekod baru kutipan tiket tertinggi filem Melayu pada hari pertama tayangannya,” katanya.

Filem ini ditayangkan di 81 pawagam yang tertakluk dengan Skim Wajib Tayang selama dua minggu.

“Malah, filem dalam genre aksi ini turut ditayangkan di 10 lagi pawagam bebas yang tidak terikat dengan skim yang dikuatkuasakan oleh Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Jika tidak, saya rasa kutipan tiket KL Gangster mampu mencecah RM1.8 juta.

“Pada masa sama, saya positif filem ini mampu menambah kutipan tiketnya. Bagaimanapun saya tidak mahu menyasarkan kutipannya, nanti orang kata saya riak pula. Biarlah Allah yang menentukannya,” katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia hari ini.

KL Gangster yang dilakonkan oleh pelakon popular tanah air seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak dan Sofi Jikan itu merupakan filem berkualiti tinggi di mana proses adunannya dilakukan di Studio Siam Lab, Bangkok, Thailand pada tahun lalu.

 sumber: utusan malaysia

Comments

  1. x sabar nk p tegok esk..hehehe~...arap2 betol2 best...

    ReplyDelete
  2. @n u r k i m a itulah..en. billy sniri pn x tgk lg..cm x sbr gk nk tgk..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.