Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine. Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.
Rakan Katya berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini. Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.
Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan. Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.
![]() |
Kawasan pedalaman Crimea, Ukraine di mana mayat Katya Koren ditemui |
Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.
Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam. Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.
“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya.
sumber: mymetro, dailymail.co.uk
Katya ni orang Islam ke?
ReplyDelete@Nazirul mungkin la..
ReplyDeleteeh...kenape kene hukum rejam pulak?
ReplyDeletePEMAIN VETERAN MANCHESTER UNITED PAUL SCHOLES BERSARA
HOMEMADE HAMSTER TOY
BAGAIMANA BARCELONA KALAHKAN MANCHESTER UNITED
Bukan rejam smpai mati dlm hukum syariah hanya untuk yg zina ka... Klaw juz ikut beauty contest, pakai seksi2... kan b'dosa juga tpi bukan rejam hukumannya... aiyaa.. tidak patut la dorang ni..hoho
ReplyDeletehuhu..betol2 hukum rejam bkn utk zina ka??! klu pon die salah...lein hukumannye bkn bunuh! =P
ReplyDelete