Beribu-ribu penghidap asma percaya dapat mengubat penyakit mereka menggunakan pendekatan luar biasa iaitu menelan ikan mengandungi herba rahsia secara hidup-hidup.
Penghidap lelah itu sanggup datang ke kota Hyderabad di selatan India dan berbaris panjang untuk menjalani perubatan itu yang diberi oleh keluarga Goud.
Fenomena itu hanya berlaku pada bulan Jun setiap tahun kerana hari rawatan berkenaan ditentukan oleh tukang tilik nasib. Keluarga Goud mendakwa, mereka memperoleh formula rahsia itu daripada seorang sami Hindu 170 tahun lalu dan menolak permintaan doktor untuk mendedahkan kandungan herba berkenaan atas alasan keberkesanan rawatan akan terjejas jika ia dikomersialkan.
Selepas menelan ikan bercampur herba itu hidup-hidup, penghidap asma terbabit akan memulakan diet makanan yang khusus selama 45 hari.
Diet itu membabitkan 25 jenis makanan berbeza termasuk daging kambing, nasi, gula, buah mangga kering dan bayam.
![]() |
Orang ramai berkumpul di sebuah kawasan perlindungan bagi mendapatkan 'ikan hidup special' |
Cara rawatan ikan itu bagaimanapun dikecam oleh saintis, doktor dan pertubuhan tempatan yang menyifatkannya tidak ada nilai ubat selain bukti saintifik mengenai keberkesanannya namun, dinafikan ahli keluarga terbabit.
“Ada kajian membuktikan kaedah rawatan kami tiada salah dan berdasarkan pendekatan tradisi,” kata Harinath Goud.
source: berita harian
weh! den ado asma gak..tp tak tergamak lak nk tolan ikan idup2 cmni....buek ek beranak pinah ikan tu dalam porot ni nnt, tak ke nayo jo....
ReplyDeletenayo kojo eh.huhu
ReplyDeletemesti ikan tuh berenang2 dlm perut dia..huhuhu
ReplyDeletePerut jadi akuarium lak...
ReplyDeletemakan ikan hidup bermakna makan sekali dengan najis-najis ikan..
ReplyDeletegluuuurp.
ReplyDeleteeee...
ReplyDeletesy pun ada asthma... ofis mate byk kali ajak ikut die blik kg die (pure indian) utk try kaedah perubatan nie... tp jauh sgt la... kalu ade peluang pun xlalu la nak telan ikan 2...
ReplyDelete