Skip to main content

Orang Melaka Please Take Note! - Inilah 5 Zon Larangan Merokok di Melaka





Berita buruk kepada perokok dan berita baik kepada mereka yang tidak merokok di Melaka. Ini kerana mulai 15 Jun ini, orang ramai dilarang menghisap rokok di lima kawasan awam di negeri itu termasuk tempat tumpuan pelancong seperti sekitar kota peninggalan penjajahan Portugis, A’Farmosa dan pesisiran Sungai Melaka. 


INFO: Zon Larangan Merokok Melaka 
  • Bandar Warisan Dunia - meliputi sekitar Bukit St. Paul yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan, muzium, gereja, bangunan Stadthuys, Kota A’Farmosa dan persisiran Sungai Melaka. Kawasan perumahan dan komersil yang bersejarah serta bangunan keagamaan sepanjang Jalan Tun Tan Cheng Lock (Jalan Heren), Jalan Hang Jebat (Jonker Street), Jalan Tokong/Tukang Emas/Tukang Besi dan Jalan Kampung Pantai, Jalan Merdeka, Jalan Kota Laksamana, Jalan Ong Kim Wee, Jalan Tan Chang Yan, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Banda Kaba dan Jalan Chan Koon Cheng.
  • Melaka Raya - premis kedai, hotel, pusat beli belah termasuk Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.
  • Bandar Jasin
  • Bandar Alor Gajah
  • Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) - bangunan kerajaan seperti Wisma Persekutuan, Menara Persekutuan, Wisma Negeri, bangunan komersial dan perniagaan seperti Pusat Boling Antarabangsa Melaka, Kota Fesyen dan hotel.

Lima zon di atas membabitkan kawasan seluas 338 hektar, iaitu zon larangan merokok yang pertama di Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ketika mengumumkannya berkata penguatkuasaan larangan merokok di lima kawasan itu tidak termasuk di premis persendirian dan mereka yang didapati merokok boleh dikenakan kompaun minimum RM300.

"Sebelum ini, kementerian hanya mewartakan 21 tempat larangan merokok seperti di panggung wayang, tandas awam, hospital dan lif, tetapi kali ini kita wartakan kawasan pula supaya peraturan ini lebih meluas,” katanya.

Liow berkata, susulan pewartaan zon larangan merokok di kawasan berkenaan, kementerian bertekad mewujudkan lebih banyak lagi zon seperti itu khususnya di lokasi tumpuan pelancong bagi meningkatkan kesedaran dan melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok.

sumber: berita harian

Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.