Skip to main content

(Gambar) Orang Asli Tidak Pernah Jumpa Manusia Moden Ditemui di Amazon





Beberapa pegawai Yayasan Pribumi Nasional Brazil (Funai) mengesahkan kewujudan populasi orang asli yang belum pernah menjalin hubungan dengan manusia luar di hutan hujan Amazon selepas satu puak mengandungi 200 orang dikesan menerusi satelit.


Tiga kawasan lapang yang diduduki puak itu dikenal pasti terletak di barat daya Brazil berhampiran sempadan Peru tetapi kewujudan mereka hanya disahkan selepas beberapa ekspedisi udara dengan menggunakan sebuah pesawat dibuat pada April lalu.

Dalam awal minggu ini juga, tiga kawasan dikesan telah dibersihkan dalam hutan di barat daya dekat sempadan Peru.Para pegawai yayasan pribumi itu mengganggarkan terdapat 68 populasi hidup terasing yang tinggal jauh di tengah hutan Amazon.

Puak orang asli yang baru ditemui itu tinggal di dalam empat rumah beratap jerami dan menanam jagung, pisang dan kacang tanah dan tanaman lain.Komuniti itu tinggal berhampiran sempadan Peru di hutan simpan Vale do Javari seluas negara Portugal dan menjadi tempat tinggal lebih 14 puak pribumi yang hidup terpencil.
 

"Kerja-kerja untuk mengenal pasti dan melindungi populasi itu adalah sebahagian daripada dasar awam Brazil," kata seorang penyelaras yayasan berkenaan, Fabricio Amorim.

Menurutnya, pemerhatian awal menunjukkan puak orang asli itu tergolong dalam etnik yang menggunakan bahasa pano yang hidup dari hutan Amazon di Brazil sehingga ke hutan di Peru dan Bolivia.Kawasan berkenaan memiliki bilangan puak orang asli yang terbesar di dunia.

 
 
 
 
 
 
 

source: kosmo, aljazeera, indian country today media network

Comments

  1. huisyh...mesti mcm avatar. hahaa

    ReplyDelete
  2. Wahh.. 1 penemuan yg menarik... ^^.. But may b canibal... huhuhu..

    ReplyDelete
  3. msti dyowg jakun gilew tgk manusia moden..

    ReplyDelete
  4. nengok tu...masih ada manusia yang ketinggalan pada zaman yang serba canggih nie...

    ReplyDelete
  5. mesti dia anggap pesawat tu as raksasa..

    ReplyDelete
  6. senjata mereka tidak jauh bezanya dengan panah kita. Kelihatan satu gambar dua terakhir menunjukan seorang memegang parang...reka bentuk juga tidak jauh lari dengan parang yg kita guna...begitu juga ada bekas berwarna putih...

    persoalan, bagaimana mungkin senjata dan parang tersebut tidak banyak bezanya dengan kita. Ini sudah tentu nenek moyang mereka dahulu pernah menemui manusia moden atau nenek moyang mereka memang datang dari manusia moden kemudian sesat dalam hutan.

    ReplyDelete
  7. wah...kalu dorg meninggal rasanya bkn mati dalam kufur sbb islam x smpai kat dorg...huhu
    yelah..baru jumpe kan puak ni...

    ReplyDelete
  8. @Dzathunithaqain

    Tiada umat yang tidak didatangi Nur Islam..

    Dan...
    Tiada 1 umat pun...
    melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan...!!!
    [Al Quran]
    [Surah Faathir]
    [Ayat 24]

    ReplyDelete
  9. huuuuuu...ade lg rupenyer...smoga mrk dpt sama2 mrasa arus kmodenan dunia kini~

    ReplyDelete
  10. hahahaha warna merah tu sgt menarik perhatian! ngeh3

    ReplyDelete
  11. hahahahah luar biasa... mereka terpegun tgk manusia moden!

    'apa itu....' peliknya....

    hahahaha... maklum laa.. manusia x tau perkembangan semasa... mesti pelik je!


    blog billy tersenarai dalam list terjah bersama myobw...

    ReplyDelete
  12. huhuhuhu... mesti pesawat yg lalu atas dorg tu dorg ingat gergasi... hu3!

    ReplyDelete
  13. hari tu dah tengok lam website dia, tapi kurang faham time tu... btw nice info bro. ni lagi detail :)

    ReplyDelete
  14. hahaha... suka tgk pose dorg tgk helikopter terbang.. lbh2 lg aksi nk memanah helikopter.. hahaha~

    hehe..saja je ktwa..

    ReplyDelete
  15. tak sangka, di negara lain mash ade orang asli yng langsung tak pernah jmpe org moden...

    ReplyDelete
  16. nie kalau jmpe manusia biasa kompom kne sembelih wat panggang..

    ReplyDelete
  17. "jngn cbe2 dekati mereka..t kne mkn..haha..

    ReplyDelete
  18. Ada lagi tempat kat dunia ni yg belum omputeh teroka rupa-rupanya

    ReplyDelete
  19. Norashikin ni tak reti la BRAZIL TUH mmg tmpt org asli pun PASTUH ORG PORTUGIS takluk tanah tuh...ANTARA CONTOH ORG ASLI IALAH SEPERTI AHLI GUSTI ALBERTO DEL RIO

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.