Skip to main content

Gadis Seksi Dari Sayur Kobis





Gadis di bawah ini memang cukup menawan tetapi tidak akan membuat wanita cemburu kerana keseluruhannya dibuat menggunakan kubis. 


Artis, Ju Duoqi menghasilkan ukiran menakjubkan ini untuk projeknya, ‘Fantasi Kubis Cina’. Pameran hasil ukiran itu berdasarkan ikon, termasuk Marilyn Monroe dan Lady Gaga. serta wanita pelbagai gaya yang biasanya boleh dilihat di majalah fesyen. Semua ukiran berkenaan dibuat daripada kubis, termasuk topi, beg dan barang kemas.


 Ju yang berasal dari China, menggunakan pisau untuk mengukir kubis pelbagai jenis dan warna dan mencantumnya dengan pencungkil gigi. Apabila sudah dibentuk, ia akan dibiarkan untuk satu tempoh lama dan kemudian dimasak dengan pelbagai cara bagi menerbitkan pelbagai warna dan tekstur.

Ju sebelum ini menggunakan pelbagai jenis sayur lain untuk menghasilkan semula lukisan beberapa pelukis terkenal seperti Leonardo Da Vinci, Vincent Van Gogh dan Andy Warhol.

“Pelbagai jenis, bentuk dan warna sayur, dengan sedikit usaha untuk menyusunnya semula, boleh menjadi sumber pelbagai imej. Tidak kira sama ada ia segar, sudah layu, kering, diawet, direbus atau dikeringkan, ia boleh digunakan untuk menghasilkan ukiran menarik,” katanya.


Lagi karya-karya menarik beliau:



Profil Ju Duoqi:  
  • Dilahirkan di Chongqing pada 1973, Ju menamatkan pengajian di Institut Seni Halus Sichuan pada 1996. Selepas menjadi artis bebas pada 2005, dia menyertai beberapa pameran secara berkumpulan.
  • Dia juga pernah mengadakan pameran solo, khususnya ‘Muzium Sayur’ dan ‘Hi! JuDuoqi,’ kedua-duanya di Beijing.
  • Selain sayur, Ju juga menggunakan halia, kentang, akar teratai, ketumbar dan tauhu untuk menghasilkan karyanya yang lain.
 Ju Duoqi bersama salah satu karyanya

 sumber: hmetro, dailymail.co.uk

Comments

  1. comey..brseni btol...ce try guna durian..haaha

    ReplyDelete
  2. wow,,,hebatnye dy..cntikkk semuaa

    ReplyDelete
  3. kreatif. mesti susah nak dapat kobis yang fix dengan design.

    hehe XD

    ReplyDelete
  4. nak makan macam mana ni..seksi sangat...

    ReplyDelete
  5. lawa n sekkkkkkkkkkkkksiiii gila!!HAHa

    ReplyDelete
  6. auw, seksi nye sayur...sape yg xsuka mkn syur trus nak mkn kalo cm ni..heheh =]

    but kreatif la spe yg buat ni =]

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.