Skip to main content

Fenomena Filem KL Gangster: Kutip RM 5 Juta Dalam Masa 3 Hari





Filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster, berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa tiga hari. Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu 9 Jun hingga 11 Jun lalu.


Menurut Syamsul, dia bersyukur dengan pencapaian yang luar biasa itu dan bangga kerana mampu mencapai jumlah kutipan tiket yang sama seperti filem-filem Hollywood yang sedang rancak ditayangkan.

"Ini satu perkara yang luar biasa bagi saya dan saya menganggap ia menjadi sebuah fenomena baru apabila filem-filem Melayu kita mula diberi perhatian oleh masyarakat.

"Maklumlah, dulu agak sukar untuk para penonton mempercayai karya-karya filem Melayu yang dihasilkan. Saya percaya, jika kena dengan caranya, sesebuah filem itu pasti boleh berjaya," katanya

Tambah Syamsul, dia berharap agar KL Gangster mampu mencapai kutipan yang lebih daripada filemnya sebelum ini, Khurafat yang telah meraih kutipan sebanyak RM8.08 juta.

"Kalau boleh saya mahu mencipta satu rekod baru dalam industri perfileman tempatan. Apa-apa pun, yang penting, saya mahu penonton-penonton yang hadir berpuas hati dan berbaloi mengeluarkan wang sebanyak RM10 seorang menyaksikan KL Gangster," tuturnya.


Bagaimanapun, Syamsul berkata, dia sebenarnya kurang gemar apabila membicarakan perihal jumlah kutipan filem-filemnya kepada umum kerana itu bukanlah satu perkara penting dalam penghasilan sesebuah filem.

"Terus-terang, saya kurang selesa membicarakan tentang sambutan filem yang diperoleh, walaupun kebanyakan produser suka mendedahkan perkara tersebut.

"Bagi saya, kita perlu berfikir bagaimana mahu memuaskan dan mengikuti citarasa penonton setiap kali menghasilkan filem," tegasnya.

Sementara itu, Syamsul kini sedang merancang untuk menghasilkan filem prekuel KL Gangster pula pada hujung tahun ini.

sumber: mstar

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.