Seorang bapa, Matt Hill membeli sebuah sekolah swasta di Potterne, Wiltshire pada harga £1 juta (RM4.98 juta) bagi mengelak ia ditutup kerana anak perempuannya bersekolah di sekolah itu.
Anak bertuah...Matt Hill bersama anak perempuannya |
Hill, 38, membeli Sekolah Mill itu dengan seorang rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley dan kedua-duanya berasa gembira kerana tawaran pembelian mereka diterima oleh pihak pengurusan sekolah tersebut.
Pemilik sekolah itu sebelum ia dijual, John Rendell mengumumkan pada 9 Mei lalu bahawa sekolah berkenaan akan ditutup pada Julai depan selepas 18 tahun beroperasi.
Sejumlah ibu bapa mula membincangkan usaha untuk memastikan sekolah itu dibuka tetapi usaha untuk membelinya ketika itu dianggap mustahil. Namun, Hill dan rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley menemui Rendell dan membuat tawaran sebanyak £1 juta untuk membelinya.
Sekolah itu menyediakan pembelajaran untuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun.
Hill memberi jaminan bahawa semua kakitangan dan 65 pelajar akan terus kekal berada di sekolah itu.
source: kosmo, dailymail.co.uk
untungnyaaaa ^^
ReplyDeletepeh.. kayaaaa
ReplyDeletesayangkan anak..duit duit kan.hehee
ReplyDeletecomenye anak dia....
ReplyDeletebagus er.. untung budak cute tu dapat ayah macam ni..
ReplyDeleteHmm...kasih seorang ayah melebihi wang..
ReplyDeletelike it so much... daughter used to be father num 1 weakness...bgusla daddy dia ni...:)
ReplyDeletebudak perempuan tu boleh berlagak laa
ReplyDelete"sekolah nie bapak aku punyer"....