Skip to main content

Aneh! Lelaki Ini Tidak Pernah Jamah Nasi atau Sebarang Pepejal Sejak 25 Tahun Lalu





Sebelum ini en. Billy pernah dengar beberapa kes orang yang allergik makan nasi, tetapi masih boleh menjamah makanan lain seperti mee atau kuey teow. Tetapi kes yang dihadapi oleh lelaki di bawah ini amat ekstrim rasanya...dia tidak boleh menjamah sebarang pepejal; hanya makanan berbentuk air yang mampu ditelan.


Sepanjang hayat, Mohd Aidil Amri Saa’din, 25, tidak pernah merasai keenakan nasi lemak, jauh sekali menjamah rendang dan ketupat di pagi Aidilfitri kerana tubuhnya hanya boleh memproses makanan dalam bentuk cecair sejak dilahirkan.

Sebagai ganti, Mohd Aidil bergantung kepada minuman Milo, sup dan air kosong untuk mendapatkan tenaga dan zat. Setiap kali jatuh sakit, dia akan meminta doktor memberi ubat cecair gara-gara tidak boleh menelan pil.

Berikutan tabiatnya meminum sehingga 15 gelas Milo sehari, Mohd Aidil Amri digelar ‘Milo’ oleh rakan yang memahami keganjilan yang dihadapinya. Bukan saya tidak pernah cuba makan nasi, tetapi apabila ditelan, seakan-akan tekak tidak dapat menerima dan saya akan segera muntah.

“Makanan lain seperti roti, mi atau makanan yang dijual di restoran segera tidak pernah saya sentuh sepanjang hidup,” katanya.

Mohd Aidil Amri yang bekerja sebagai Pengurus Web Tonton di Media Prima Bhd (Media Prima) ketika ditemui, tampak sihat dan tidak menunjukkan beliau menghadapi masalah berhubung tabiat pemakanannya itu.

Mohd Aidil Amri yang berasal dari Alor Setar, Kedah, berkata tabiatnya mengambil cecair sebagai makanan bermula sejak berusia setahun seperti diceritakan ibunya, Zaiton Hashim.

“Ketika kecil, ibu cuba memberi saya makanan, tetapi saya selalu lari. Sejak usia setahun, saya tidak menyentuh makanan melainkan meminum Milo yang menjadi makanan ruji saya,” katanya yang menjadi perhatian ramai sejak ditemuramah rancangan, Pagi Show di Fly FM, Selasa lalu.

Beliau berkata, dalam sehari, beliau akan mengambil sekurang-kurangnya 15 gelas Milo.

“Saya juga boleh mengambil minuman lain, tetapi Milo menjadi makanan penting untuk saya,”.

Mohd Aidil Amri berkata, setiap kali menjamah sup, beliau akan mengasingkan isinya sebelum dihirup serta menganggap sajian yang diambil dua kali seminggu itu sebagai makanan ‘mewah’.

Ditanya mengenai perasaannya setiap kali melihat rakan menjamu selera dengan makanan lazat, beliau berkata, rasa iri hati tetap wujud tetapi dirinya sentiasa berfikiran positif.

“Adik-beradik saya normal, keluarga lain pun sama. Hanya saya yang mengalami keadaan ini dalam keluarga. Sejak kecil, saya sudah berjumpa ramai pengamal perubatan sama ada tradisional atau moden, namun mereka juga tidak tahu punca keadaan saya ini.

“Doktor memberitahu saya sihat saya anggap ini adalah takdir Allah SWT dan saya menerimanya dengan hati terbuka,” katanya yang meminati muzik rock terutama kumpulan rock, Metallica.


sumber: berita harian

Comments

  1. alahai .. ada jugak org macam nieh .. kesian tak dapat makan nasi .. heee :)

    ReplyDelete
  2. wehh..kesian nya...alhamdulillah aku normal

    ReplyDelete
  3. mesti die kurus kering kan?huhu

    ReplyDelete
  4. org macam nilah senang nak buat laki(jd suami),isteri x payah susah2 pening pikir nak masak pe hari ni? bancuh air milo sudah..hehe

    ReplyDelete
  5. nawaitoo : betul tu ! sokong ! hahaha

    pelik tapi benar la..tapi rugi woo !
    rendang sedap..kfc..mc..pizza ..hehe
    aku tak mampu ! tu sebab aku tak dicipta mcm die..hehehe :)

    ReplyDelete
  6. mmg aneh! tp okeylah tu dr xdpt mkn pape.janji sehat n kuat! hehe

    ReplyDelete
  7. kalau aku dapat laki gini, tak sampai hati aku nak makan sedap-sedap depan dia. huhu..

    ReplyDelete
  8. kalo dia try skali mkn nasi , mesti nk lagi .. :P

    ReplyDelete
  9. ..cam x lengkap hidup sehari kalu x de nasi...
    kesiannye org cmnie..
    boley jadi duta MILO ni..ehehe

    ReplyDelete
  10. btol la kalo dpt laki gini senang idop..xyah pening2 kple nk pikir tiap2 ari nk mkn ape..hehe...tp sian gak kt die..bersyukur ats nikmat yg Allah bg kt kte..

    ReplyDelete
  11. kuasa ALLAH tda siapa mmpu mghlng...

    ReplyDelete
  12. hmmm.x sangka dia bf kawan aku.bertuah la kawan tue.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.