Skip to main content

10 Ajaran Sesat Yang Masih Aktif di Malaysia





Sepuluh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai masih bergerak aktif di seluruh negara perlu dihapuskan segera kerana dikesan mengamalkan pelbagai amalan yang bercanggah ajaran Islam dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.


Amalan itu termasuk mengajar ilmu tasawuf dan tarekat bercorak kebatinan; memperkenalkan aliran pemikiran lama dan baru; mengamalkan wirid bercorak kebatinan dalam persilatan, amalan khurafat dan perbomohan.

Kumpulan berkenaan adalah:
  1. Syiah
  2. Al-Arqam atau Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd
  3. Islam Jamaah
  4. Ajaran Azhar Wahab (Pengasas Al-Mansor Holding Sdn Bhd)
  5. Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah
  6. Pemuda Kahfi
  7. Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim
  8. Qadiani/Ahmadiah
  9. Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya 
  10. Ajaran Aurad Islamiah

Kumpulan diatas adalah sebahagian daripada 95 pergerakan yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pegangan Al-Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Muzakarah Jawatankuasa Majli Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri di seluruh negara dalam tempoh 20 tahun lalu.

ajaran Syiah

pengasa al-arqam; Abuya

Islam Jamaah

Ajaran Tarekat Naqsyabandiyah

Pengasas ajaran Qadiani

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustafa, berkata semua kumpulan itu perlu dihapuskan secepat mungkin oleh pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara.

“Kita memandang serius terhadap perkara ini kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam serta boleh menjejaskan keamanan di negara ini. Jadi, sepuluh kumpulan ini akan diberi keutamaan untuk dihapuskan bagi mengelakkan ia terus tersebar dalam negara,” katanya.

Othman berkata Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga sedang memantau cubaan sesetengah pihak yang cuba menyebarkan pelbagai ideologi baru seperti pluralisme dan fahaman berbentuk ekstremis dengan memperalatkan golongan pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Katanya, fahaman seumpama itu bukan saja merosakkan akidah umat Islam, tetapi turut mengundang pelbagai masalah lain seperti rusuhan agama dan perang saudara.

“Namun, kita terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menangani masalah ini seperti ketidakseragaman undang-undang syariah di peringkat negeri dan salah faham umat Islam terhadap isu akidah termasuk ilmu tarekat dan tasawuf.

“Keadaan itu memaksa kita meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian, sekali gus menyelaras keputusan berhubungan fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat,” katanya.


Beliau berkata, Jakim turut menubuhkan unit penyelidikan untuk memantau dan mengenalpasti mereka yang cuba menyebarkan ajaran sesat dan tarikat yang menyeleweng menerusi blog, laman web sosial seperti Facebook dan twitter.

"Kita mengakui kumpulan ajaran sesat hari ini sentiasa memanipulasi teknologi baru untuk mengembangkan fahaman dan merekrut ahli baru,” katanya.

sumber: harian metro

Comments

  1. Markas qadiani kt gombak dibuka secare terang, pihak bkuasa stakat ltak papan tanda 'qadiani bukan ajaran islam'. Xde action len ke

    ReplyDelete
  2. Saya tak pasti tapi saya pernah baca di laman JAKIM yang ada di bawah pemantauan termasuk list di atas. Jadi saya fikir di dalam pemantauan masih belum ada tindakan. Mereka memang menggunakan modul tasawwuf untuk mengaburi umat yang tercari-cari ilmu tersebut. Lagi satu ada antara mereka mencari ilmu kebal atau ilmu lain2 mudah terperangkap.

    ReplyDelete
  3. mana buktinya bahawa tareqat naqhsyabandi khalidiah dan yang bawah pimpinan sheikh nazim itu sesat???harap pihak JAKIM boleh bermuzakarah..takot menjai fitnah..apa yang bercanggah dgn ASWJ,sila huraikan dan bagi penjelasan..

    ReplyDelete
  4. ku bersependapat Anonymous,

    ReplyDelete
  5. Kepada JAKIM,

    Diharap pihak anda membuat penyiasatan dengan lebih tererinci dan adil bagi mengelakkan fitnah. Janganlah disebabkan sorang dua ahli tarekat yg sesat anda terus-terusan menuduh sebuah tarekat itu sesat.

    Apa nak jadi dengan dunia akhir zaman ini sampaikan kita tidak mampu membezakan antara perkara benar dan dusta.

    Tak sanggup rasanya untuk meneruskan hidup di zaman yg penuh dengan fitnah ini.

    ReplyDelete
  6. Sesat2 .. Entah entah kita yg menyangka sesat itu yg sesat .. Wallahuallam .

    ReplyDelete
  7. Bismillahhirrahmanirrahim..
    saya adalah seorang kakitangan awam yang menjadi mangsa pukau rakan kerja saya sendiri yang mengikuti ajaran sesat di jengka pahang dimana keluarganya terlibat sama. Saya seolah-olah terpukau dan dikuasai dengan sesuatu untuk mempercayai kata-katanya mengenai tok gurunya dan perkara perkara ghaib. Pengamal ajaran sesat ini ada pendamping dan mengamalkan ilmu hitam. Alhamdullillah saya telah pulih daripada terawang-awang di alam lain. Hampir setahun saya berubat, berzikir dan mengamalkan berbekam untuk menghilangkan bisa sihir... Percayalah mereka mereka ini sangat berbahaya. wsm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.