Skip to main content

Minyak Wangi Justin Bieber Hanya Untuk Peminat Wanita





Penyanyi remaja, Justin Bieber mendedahkan dia mencipta minyak wangi untuk peminat wanita kerana bau seorang wanita penting kepadanya.


Bieber sedang melakukan persiapan untuk memperkenalkan minyak wangi Someday yang dia harap akan membantu menjana dana untuk kebajikan.

''Bau seorang perempuan penting bagi seorang lelaki. Saya mempunyai hubungan rapat dengan peminat saya, jadi mencipta minyak wangi yang saya suka merupakan satu cara untuk saya merapatkan lagi hubungan itu,'' katanya.

Penyanyi lagu Baby itu berkata, dia bukan sahaja dapat mencipta minyak wangi untuk peminatnya tetapi akan membantu membuat kebajikan.

Minyak wangi itu akan dipasarkan melalui Give Back Brands dan dijangka mengutip dana berjuta-juta dolar untuk disalurkan kepada pelbagai badan kebajikan termasuk Pencils of Promise yang membina sekolah dan Yayasan Make-A-Wish.
 

Bieber terlibat secara langsung dalam menghasilkan minyak wangi ciptaan Honorine Blanc of FIrmenich. Penyanyi itu berkata, minyak wangi itu disasarkan untuk peminat berusia 14 hingga 18 tahun.

''Mereka membenarkan saya menentukan perjalanan projek ini kerana saya kenal peminat saya termasuk bekerja dalam mencipta minyak wangi sehingga reka bentuk botolnya,'' katanya

sumber: utusan

Comments

  1. bentuk botol x menarik pon utk golongan remaja... tp penggunaan warna mmg tepat la kot... =.="

    ReplyDelete
  2. Sumpa saya nak ! Waaa D; nakk !

    ReplyDelete
  3. woo....saye nak,,,seriously...dah jual ke blom?

    ReplyDelete
  4. @Syaidatul Nur Liyana minyak wangi ni belum dijual lg lah cik syaidatul, belum dilancarkan lg pun.mengikut sumber, ia akan dilancarkan bulan jun nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.