Skip to main content

[Video]- Lelaki Ini Disambar Petir Dua Kali, Tetapi Masih Mampu Berjalan





Ada yang mendakwa video ini palsu. Tidak kurang juga yang mempercayainya. Anda nilaikan sendiri.


Malang datang bertimpa buat seorang lelaki apabila dia disambar petir sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai seminit. Lelaki berkenaan sedang berjoging di sebatang jalan raya di pinggir sebuah bandar di Amerika Syarikat pada 11 April lalu apabila insiden itu dirakam kamera video litar tertutup (CCTV).

Ketika kejadian, mangsa disambar petir dan tersungkur ke tanah. Selepas mengambil nafas dan menenangkan dirinya, dia bangkit semula 15 saat kemudian. Dia sempat berjalan beberapa meter apabila petir sekali lagi menyambarnya menyebabkan dia rebah ke tanah semula.


Lelaki tersebut yang kelihatan bingung memikirkan tentang apa yang sebenarnya telah berlaku kemudian bangun semula dan meninggalkan tempat kejadian.

Rakaman video luar biasa itu mencetuskan sensasi di YouTube dengan beribu-ribu orang memberitahu, mereka terkejut melihat lelaki itu terselamat dalam kejadian tersebut.


sumber: kosmo

Comments

  1. wah, xtau nk percaye ke tak, hehe :D

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat menipu..kena petir dah tentu mati..

    ReplyDelete
  3. tapi kuasa Allah, mane la kite tau kan..huhu

    ReplyDelete
  4. pelik gak...xkan takde pape efek langsung.gile kuat lghtning tu..

    ReplyDelete
  5. Ajal belum tiba.. Kuasa Allah semua nie.. =)

    ReplyDelete
  6. sukar nak percaya. menurut apa yg aku tau, org yg kena petir akan terpelanting sebab cas mangsa dengan bumi akan jadi sama, lalu berlaku daya tolakan sesama cas... maaf, kalau apa yg aku cakap ni silap, tolong perbetulkan.

    ReplyDelete
  7. kenapa di panah petir?? dan mati ke jika dipanah petir??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.