Thursday, May 19, 2011

[Video & Gambar]- Tragis! Detik-Detik Cemas Seorang Pengantin Cuba Bunuh Diri





Masih belum ajal...itulah yang dapat dikatakan apabila cubaan seorang wanita untuk membunuh dirinya tidak berjaya apabila dia sempat diselamatkan. Dia dipercayai mahu membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin.

 

Ratusan orang berkumpul untuk melihat detik-detik cemas seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih duduk di tepi tingkap apartmennya di Changchun, China kerana mahu membunuh diri.

Wanita berusia 22 tahun itu cuba terjun dari tingkap di tingkat tujuh tetapi dia sempat diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan.

Dalam kejadian itu seorang pegawai tempatan, Guo Zhong Fan pantas memegang leher, bahu dan gaun wanita tersebut. Seorang lagi lelaki kemudian memanjat keluar dari satu lagi tingkap untuk menolak kaki wanita itu bagi membantu menyelamatkan mangsa.


Berikut detik-detik cemas ketika kejadian:

 
 
 
 
 
 
 
 

Lihat juga klip di bawah:


source: kosmo, dailymail.co.uk, http://www.asiaone.com

Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

  1. ish ish ish... bunuh diri lagik..

    ReplyDelete
  2. tapi apa motif pakai gaun,mst nk kawen sgt ngn laki tu.siannya,

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails