Skip to main content

Senarai Kejadian Tanah Runtuh Terburuk Yang Berlaku di Malaysia



Berikut merupakan antara kejadian tanah runtuh terburuk yang berlaku dalam sejarah moden Malaysia:


  • 11 Disember 1993: 48 maut apabila tiga blok kondominium 12 tingkat Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor, runtuh akibat gelinciran tanah, sekali gus meruntuhkan bangunan berkenaan 



  • 25 Disember 1997: Tiga terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam kejadian di Km 17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor 


  • 15 Mei 1999: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang, Selangor, terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian jam 5.20 pagi yang menimbusi satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu.


  • 1 November 2002: Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga bekas Pengerusi Affin Bank, ranap selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan. Kejadian itu mengorbankan isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya, Hijaz, dua menantu, dua cucu serta dua pembantu rumah Indonesia 


  • 31 Mei 2006: empat sekeluarga terkorban akibat tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang, Selangor



  • 30 November 2008: Dua beradik mati tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Ulu Yam, Selangor. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, tidur dalam bilik mereka apabila tebing di belakang rumah runtuh lalu menghempap bahagian rumah banglo itu



  • 6 Disember 2008: Tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, menggemparkan negara apabila meragut lima nyawa selain menimbus 14 banglo 




  • Dan Yang Terbaru...


  • 21 Mei 2011: Tragedi tanah runtuh membabitkan kediaman Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat , Selangor. Tragedi ini mengorbankan seramai 16 orang.

  •  
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    sumber: berita harian, harian metro

    Comments

    1. al fatihah kepada semua mangsa yg meninggal..

      ReplyDelete
    2. kebanyakan kejadian tanah runtuh dekat sekitar ampang-ulu kelang jerr kan...Al-Fatihah

      ReplyDelete
    3. allah s.w.t. tgh menguji umat-nya.
      ada hikmahnya d sebalik kejadian ni semua

      ReplyDelete
    4. why not update your blog? it is interesting. It help me to do my assignment, TQ.

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Popular posts from this blog

    15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

    Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

    Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

    Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

    Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

    BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.