Skip to main content

Sejarah Asal-Usul Hari Ibu....Betulkah??





Kalau anda google keyword 'mother's day origin' anda pasti akan jumpa pelbagai versi cerita tentang asal-usul hari ibu. Misalnya di Indonesia, hari ibu disambut setelah satu kongres mengenai wanita diadakan di negara itu, dan setelah diperkenankan oleh presiden Soekarno, ia disambut pada setiap 22 Disember. 


Manakala di Thailand pula, hari ibu disambut setiap tahun berdasarkan hari lahir ratu mereka (Queen Sirikit) pada 12 Ogos setiap tahun. Hari bapa pula berdasarkan hari lahir raja mereka.

Di kebanyakan negara Arab (termasuk Arab Saudi dan Mesir), hari ibu disambut pada 21 Mac, dikatakan telah diperkenalkan oleh seorang wartawan Mesir bernama Mustafa Amin dalam bukunya pada tahun 1943. Amin dalam bukunya menulis kisah seorang ibu tunggal yang menghambakan dirinya untuk membesarkan seorang anak lelaki sehingga anak itu berjaya menjadi seorang doktor, namun kemudiannya tidak langsung menghargai penat lelah ibu sendiri. Berdasarkan cerita ini, Amin terinspirasi untuk mewujudkan 'Hari Ibu' bagi menghargai pengorbanan para ibu. Sambutan ini kemudiannya ditiru oleh negara-negara Arab yang lain.



Malaysia pula menyambut hari ibu mengikut resam kebanyakan negara lain di dunia ini iaitu pada hari ahad kedua pada bulan Mei. Namun apa yang en. Billy nak sharekan di sini adalah asal-usul hari ibu yang en. Billy terbaca dalam satu blog agama; Tazkirah.


Ini copy paste daripada blog tersebut:

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


Kebenaran dari cerita-cerita di atas? ....wallahualam. Bila adanya cerita macam tu, mulalah ada di antara kita (bagi muslim) yang mengeluarkan pendapat haram menyambut hari ibu. Pendapat en. Billy sendiri...sebenarnya ragu-ragu dengan kebenaran cerita di atas, sebab seperti yang en. Billy terangkan di atas, ada pelbagai versi cerita yang keluar. Jadi jangan mudah nak jatuhkan hukum, jika bukan dari ulama atau orang-orang yang arif tentang agama (jika nak baca pasal ini dgn lebih lanjut boleh klik sini).


Sebetulnya, setiap hari kita sayangkan ibu kita. Namun bila ada sambutan hari ibu macam ni, tak salah jika kita nak gembirakan ibu kita contoh macam nak bagi hadiah ke, rasanya itu tak salah...malah itu satu pahala sebab menggembirakan ibu kita. Dan sebagai orang Islam, yang lebih afdhol adalah kita mendoakan kesejahteraan ibu kita dunia dan akhirat.


Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud).


p/s: jom baca cerpen khas sempena hari ibu, nukilan en Billy: Kasih Ikram

Comments

  1. assalammualaikum.. saya lebih prefer hari lahir ibu masing2 sebagai hari special... sekurang2nya ini lebih baik dari perkara shubhah... pendapat sahaja.. :P

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu buat semua ibu2 diluar sana...
    berbanggalah kerana anda terpilih menjadi wanita...
    seorang yg kini bgelar ibu atau yg bakalbergelar ibu...

    sayangilah ibu anda... for my mum..i love u !

    ReplyDelete
  3. Tak kisah le apa cite sekalipun, yg penting asanya niat kita...selamat hari ibu

    ReplyDelete
  4. Tak salah rasanya nak sambut, lagipun bukan berniat nak support agama lain. Hanya nak tunjukkan kasih sayang kat ibu je..

    ReplyDelete
  5. Setiap hari adalah HARI IBU! :D

    ReplyDelete
  6. kpd yg ikut2 smbutan mothering sunday atau mothers of god..
    Sambut hari lain xboleh?kenapa nk ikut hari yg disambut oleh kristian? sambut hari ibu pada hari raya k..

    ReplyDelete
  7. kpd yg ikut2 smbutan mothering sunday atau mothers of god..
    Sambut hari lain xboleh?kenapa nk ikut hari yg disambut oleh kristian? sambut hari ibu pada hari raya k..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.