Kalau anda google keyword 'mother's day origin' anda pasti akan jumpa pelbagai versi cerita tentang asal-usul hari ibu. Misalnya di Indonesia, hari ibu disambut setelah satu kongres mengenai wanita diadakan di negara itu, dan setelah diperkenankan oleh presiden Soekarno, ia disambut pada setiap 22 Disember.
Manakala di Thailand pula, hari ibu disambut setiap tahun berdasarkan hari lahir ratu mereka (Queen Sirikit) pada 12 Ogos setiap tahun. Hari bapa pula berdasarkan hari lahir raja mereka.
Malaysia pula menyambut hari ibu mengikut resam kebanyakan negara lain di dunia ini iaitu pada hari ahad kedua pada bulan Mei. Namun apa yang en. Billy nak sharekan di sini adalah asal-usul hari ibu yang en. Billy terbaca dalam satu blog agama; Tazkirah.
Ini copy paste daripada blog tersebut:
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Kebenaran dari cerita-cerita di atas? ....wallahualam. Bila adanya cerita macam tu, mulalah ada di antara kita (bagi muslim) yang mengeluarkan pendapat haram menyambut hari ibu. Pendapat en. Billy sendiri...sebenarnya ragu-ragu dengan kebenaran cerita di atas, sebab seperti yang en. Billy terangkan di atas, ada pelbagai versi cerita yang keluar. Jadi jangan mudah nak jatuhkan hukum, jika bukan dari ulama atau orang-orang yang arif tentang agama (jika nak baca pasal ini dgn lebih lanjut boleh klik sini).
Sebetulnya, setiap hari kita sayangkan ibu kita. Namun bila ada sambutan hari ibu macam ni, tak salah jika kita nak gembirakan ibu kita contoh macam nak bagi hadiah ke, rasanya itu tak salah...malah itu satu pahala sebab menggembirakan ibu kita. Dan sebagai orang Islam, yang lebih afdhol adalah kita mendoakan kesejahteraan ibu kita dunia dan akhirat.
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud).
p/s: jom baca cerpen khas sempena hari ibu, nukilan en Billy: Kasih Ikram
rindu kat ibu
ReplyDeleteassalammualaikum.. saya lebih prefer hari lahir ibu masing2 sebagai hari special... sekurang2nya ini lebih baik dari perkara shubhah... pendapat sahaja.. :P
ReplyDeleteselamat hari ibu buat semua ibu2 diluar sana...
ReplyDeleteberbanggalah kerana anda terpilih menjadi wanita...
seorang yg kini bgelar ibu atau yg bakalbergelar ibu...
sayangilah ibu anda... for my mum..i love u !
selamat hari ibu ^^
ReplyDeleteTak kisah le apa cite sekalipun, yg penting asanya niat kita...selamat hari ibu
ReplyDeleteTak salah rasanya nak sambut, lagipun bukan berniat nak support agama lain. Hanya nak tunjukkan kasih sayang kat ibu je..
ReplyDeleteSetiap hari adalah HARI IBU! :D
ReplyDeletekpd yg ikut2 smbutan mothering sunday atau mothers of god..
ReplyDeleteSambut hari lain xboleh?kenapa nk ikut hari yg disambut oleh kristian? sambut hari ibu pada hari raya k..
kpd yg ikut2 smbutan mothering sunday atau mothers of god..
ReplyDeleteSambut hari lain xboleh?kenapa nk ikut hari yg disambut oleh kristian? sambut hari ibu pada hari raya k..