Saturday, May 14, 2011

Realiti Perbandingan Harga Petrol di Malaysia Dengan Negara Lain



Jika dibandingkan dengan tujuh buah negara jiran di Asia Tenggara, harga petrol di Malaysia ialah yang kedua termurah. Berikut adalah perbandingannya..

Perbandingan harga Petrol di Asia Tenggara:
  • Singapura: RM 5.14 seliter untuk RON 95
  • Thailand: RM 3.91 seliter untuk RON 95
  • Filipina: RM 3.90 seliter untuk RON 95
  • Indonesia: RM 3.18 seliter untuk RON 95
  • Vietnam: RM 3.14 seliter untuk RON 95
  • Malaysia: RM 1.90 seliter untuk RON 95 dan RM 2.90 seliter untuk RON 97
  • Brunei: RM 1.28 seliter untuk RON 97

Sesetengah orang tidak suka menukar harga-harga petrol negara jiran kepada mata wang ringgit untuk tujuan perbandingan. Namun begitu, walaupun mata wang tidak ditukar, harga petrol di Malaysia masih juga antara yang termurah.

Sebagai contoh, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan S$3,000(kira-kira RM 6000) sebulan masih perlu membayar S$2.12(kira-kira RM 5.14) untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan pula perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.


Perbandingan Diantara Malaysia dan Brunei

Bagaimanapun, harga petrol di Malaysia tidaklah semurah di Brunei kerana negara berkenaan mampu memberikan subsidi yang lebih untuk petrol. Tidak seperti Malaysia, hampir keseluruhan pendapatan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak. Brunei juga memiliki populasi kecil yang tidak sampai pun jumlah populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000. Malaysia sebaliknya memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.


Berdasarkan data Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei ialah negara keenam terkaya di dunia, satu tangga di belakang Amerika Syarikat dalam senarai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita terbanyak.

Malaysia hanya berada pada tangga ke-60 senarai ini. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut.

Pembahagian ini penting untuk perbandingan yang lebih tepat kerana sebagai contohnya walaupun pendapatan Malaysia lebih besar daripada Brunei, jumlah penduduk Malaysia juga ialah 68 kali ganda lebih besar. Maka KDNK (PKB) adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi bagi membandingkan kebajikan per kapita dan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara.



Realiti Malaysia Sebagai Negara Pengeluar Minyak

Malaysia sememangnya ialah negara pengeluar minyak, namun ia bukanlah pengeluar yang utama. Malaysia tidak pun layak untuk menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kerana ia lebih banyak mengimport minyak untuk kegunaan sendiri daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008 walaupun ia adalah negara pengeluar minyak yang lebih besar dari Malaysia.

Berdasarkan maklumat Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia dengan jumlah pengeluaran 703,920 tong sehari. Jika dibandingkan dengan sepuluh negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol keempat termurah.



Negara-Negara Arab Mempunyai Harga Petrol Termurah di Dunia

Negara yang memiliki harga termurah (RM0.82 untuk RON 97) antara sepuluh negara tersebut ialah Qatar, yang juga merupakan anggota OPEC. Ia diikuti oleh Oman (RM0.93 untuk RON 95). Kedua-dua negara tersebut memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia.

Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir (RM1.38 untuk RON 95), namun dalam mata wang Mesir harganya ialah EGP2.75. Bayangkan sekiranya rakyat Malaysia perlu membayar RM2.75 untuk petrol gred terendah di pasaran, mungkin rusuhan sebesar di Mesir pula berlaku di sini.



Subsidi Minyak di Malaysia Antara Yang Tertinggi

Berdasarkan data Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), jumlah subsidi minyak Malaysia sudah pun yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4 peratus daripada KDNK. Brunei, negara yang memiliki harga petrol terendah di Asia Tenggara pun sekadar membelanjakan 2.2 peratus sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) jauh lebih kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).


Realiti Subsidi Minyak

Pada November 2010, sidang kemuncak negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.

Menurut IMF, subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerjanya yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap unit sumber yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 unit atau lebih digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan turut mencadangkan subsidi minyak dihapuskan. Perbelanjaan untuk subsidi kemudiannya boleh dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya turut meningkatkan permintaan minyak sekali gus mendorong kenaikan harga borong. Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.

China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga merupakan pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit). Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak perlu membayar harga sebenar untuk minyak, kerana mereka menerima subsidi 3.9 peratus daripada kos sebenar.


Situasi ini sudah pasti akan menggalakkan pembaziran minyak, seterusnya meningkatkan permintaan untuk bekalan yang lebih. Bayangkan apabila berjuta-juta pengguna kereta di negara terbesar di dunia menuntut bekalan minyak yang lebih, tidakkah ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada harga minyak dunia? Apabila China menaikkan harga petrol sebanyak 20 peratus pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun AS$5 setong.

Tekanan daripada G20 telah menyebabkan China mula mengambil langkah untuk mengurangkan subsidi. Harga produk-produk minyak telah diindekskan kepada harga-harga wajar minyak mentah antarabangsa pada 2008. Harga gas asli telah dinaikkan sebanyak 25 peratus pada Mei 2010, manakala tariff kuasa untuk industri intensif buruh telah dihapuskan.


Berpijak di Bumi Nyata

Ketika kuasa ekonomi dan politik gergasi seperti China pun terpaksa tunduk kepada realiti pasaran, malangnya terdapat segelintir di antara kita dalam negara ini yang kononnya lebih bijak apabila menabur janji untuk mencipta keajaiban "menurunkan harga petrol serta-merta". Apa yang lebih pelik, walaupun janji mereka ini langsung tidak berpijak di bumi nyata, berduyun-duyun orang mempercayai janji ini, termasuklah golongan terpelajar.


sumber: berita harian, utusan, OPEC, mstar, 

Entri-Entri Berkaitan.....

41 comments:

  1. awesome! bersyukur masih di antara yang termurah...

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing! Btul2 Dengan tiada subsidi lebih memberi manfaat kepada kite, dunia dan ekonomi! Sekarang harga terkawal, rakyat untung, kerajaan rugi, pengusaha minyak pun tetap rugi.

    ReplyDelete
  3. hmm logik tu mmg logik, tp bg sy yg berpendapatan rendah ni..subsidi minyak tu merupakan rahmat yg besar bg sy.skrg bila harga minyak naik (+ harga gula naik)memberikan kesan yg besar buat sy!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian yang menarik dan bermanfaat

    ReplyDelete
  5. harga barang naik kita sibuk nak bandingkan dengan negara luar.motif???
    nak pujuk diri sendiri sebab kita beruntung??
    masalahnye kita hidup kat malaysia .
    bukan kat negara thailand ke,singapore ke..

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian.
    motifnya adalah untuk lebih merasa bersyukur :)

    ReplyDelete
  7. hani xtahu pew2 pasal minyak..tahu guna jep..tp yang tahu shell is better than petronas...hehehe =) dan hani tahu, asal naik je hrga minyak, brg2 pon sengih jew sbb harga nak naek jgk..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. shell hanya tarup additive nye shj ke dalam minyak yg di ambil dari petronas jg..tq..

      Delete
  8. bila harga barang, minyak naik baru sibuk2 nk bandingkan dgn negara lain. motif?
    nak pujuk diri sendiri yang kita ni beruntung?
    masalahnya kita tinggal di malaysia..
    bukannya di thailand ke, filipine ke..

    ReplyDelete
  9. motifnya supaya kita lebih bersyukur dgn apa yg kita ada :))

    ReplyDelete
  10. sy bekerja di bidang oil and gas..
    Sepatutnya minyak kita lebih murah..
    dan ini semua artikel yg ditulis utk menyokong kerajaan..

    ReplyDelete
  11. betul tu 'Anonymous'... aku sokong ko... sebenarnya, kerajaan patut prihatin dengan rakyat. Mereka tidak sepatutnya menaikkan harga minyak kerana minyak adalah sumber yang penting dan akan menyebabkan kenaikan kepada harga barang. Kalau nak pakai duit utk kepentingan sendiri pun, guna lah duit sendiri...jgn lah bebankan rakyat...Zaman ini rakyat dah tak bodoh...banyak sumber rujukan yang rakyat dapat skrg tak seperti zaman dahulu kala...so, fikir2kan lah yer... :)

    ReplyDelete
  12. kenapa nak bandingkan dgn singapura?? indonesia?? thailand?? mereka bukan negara pengeluar minyak yg besar.. kenapa x banding dgn Brunei?? UAE..Qatar?? Arab Saudi...mungkim Malaysia antara negara pengeluar minyak yg mengenakan harga paling tinggi di antara negara2 pengeluar minyak duia yg lain..

    ReplyDelete
  13. jgn compare dgn negara yg bukan pngeluar minyak, kita negara pngeluar minyak sepatutnya kalau harga minyak pasaran dunia naik, kita bleh turunkn harga sbb untung terlalu besar, ini tidak wang rakyat didahulukan pencapaian belakang kira.

    ReplyDelete
  14. MDHAFiZ.NET,

    ko tak baca ke artikel tu? kan ke ada perbandingan dengan qatar, oman, mesir... tu la lain kali sebelum komen, baca dulu... tak ker aib karang... dah nampak macam bodoh dah... nak banding dengan arab saudi ko tak tau ke arab saudi keluar 10 juta tong sehari... malaysia keluar beraper? kalau kau pandai sangat ko letak la beraper tong malaysia keluar sehari... tak kan nak banding reger jer... rakyat tak bodoh ye tak... http://andakjauhar.wordpress.com/adakah-harga-petrol-di-malaysia-mahal/

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro, wa kerja agent perkapalan, malaysia export minyak gred terbaik keluar negara, lepas tu beli minyak yg gred sama macam minyak tanah, jual kat rakyat malaysia. ron 95 yg kita guna di stesen petronas tu kualiti nya macam taik, lebih baik kat shell, mmg terasa perbezaan nya. jgn mudah tertipu dgn propaganda kerjaan, hari dok pikir cam mana nak tipu rakyat

      Delete
  15. Aku baru dapat email daripada sahabat aku. Menarik fakta dalam email ni. Mari kita berkongsi bersama
    Harga petrol di Norway adalah 4.6 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
    ..tetapi secara purata pendapatan rakyat Norway adalah 11.1 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
    Harga petrol di Belgium adalah 3.2 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
    ..tetapi secara purata pendapatan rakyat Belgium adalah 6.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
    Harga petrol di Hong Kong adalah 3.3 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
    ..tetapi secara purata pendapatan rakyat Hong Kong adalah 4.8 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
    Harga petrol di UK adalah 3.1 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
    ..tetapi secara purata pendapatan rakyat UK adalah 7.2 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
    Harga petrol di Japan adalah 2.7 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
    ..tetapi secara purata pendapatan rakyat Japan adalah 7.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
    Harga petrol di Italy adalah 3.0 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
    ..tetapi secara purata pendapatan rakyat Italy adalah 5.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
    Harga petrol di Australia adalah 1.8 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
    ..tetapi secara purata pendapatan rakyat Australia adalah 6.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
    Yang paling seronoknya….
    Harga petrol di Kuwait dan Arab Saudi adalah 0.5 (separuh) berbanding harga petrol di negara kita,
    ..manakala secara purata pendapatan rakyat Kuwait dan Arab Saudi adalah 3.6 dan 1.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
    Malaysia the Bolehland….
    Adakah rakyat Malaysia 4.6 kali lebih bangang dari rakyat Norway,
    Atau pemimpin Malaysia yang 11.1 kali lebih bengap berbanding rakyatnya.
    Renung2kan..

    ReplyDelete
  16. pandai pulak pergi buat comparison ngan negara2 maju...

    assal ko tak buat sekali comparison ngan negara-negara OPEC mcam Venezuela, Nigeria... kata rege minyak kat sana murah... kekeke... inilah dinamakan perbandingan senget sebelah...

    ReplyDelete
  17. @Anonymous
    btul tu anynomous.. ptut nye harga minyak lebih murah.. artikel ni something wrong.. hehe..

    ReplyDelete
  18. ..INDONESIA TU PENGELUAR MINYAK LA ..lainkali belajar,bukan dgar pakai hidung fikir pakai perut

    ReplyDelete
  19. Compare la tahap pengeluaran Minyak Malaysia dgn Negara2 pengeluar lain,baru leh komen......lenkali guna basikal

    ReplyDelete
  20. yg reply komen org2 tak sokong artikel ni penulis blog ni ke? hehehe

    ReplyDelete
  21. Nak banding minyak Arab,Vanezuela & Malaysia...???

    1.Pengeluaran :
    Arab : 10,121,000 tong/hari (14.58 kali ganda dr M'sia)
    Venezuela : 2,800,000 tong/hari (4.03 kali ganda dr M'sia)
    Malaysia : 693,700 tong/hari

    2. Rizab
    Arab : 267 Billion tong (55.15 kali ganda dr M'sia)
    Vanezuela ~ 297 Billion tong (61.36 kali ganda dr M'sia)
    Malaysia ~ 4.84 billion tong

    3. Penduduk
    Arab : 27.1 Juta
    Vanezuela : 29.1 juta
    Malaysia : 28.9 juta
    Penduduk Malaysia Lebih kurang 106.64% dari Arab & 99.31% dari Venezuela (tak banyak beza sangat)

    Perbandingan Pengeluaran dan Rizab dengan jumlah penduduk, Malaysia jauh ketinggalan. Tapi...

    4. GDP (PPP) per capita
    Arab : 57,744 - ke 3.
    Venezuela : 11,956 - ke 64
    Malaysia : 14,845 - ke 50

    Arab melebihi 3.13 kali ganda dr M'sia sedangkan pengeluaran 14.58 kali & rizab 55.15 kali.
    Venezuela 0.8 kali ganda dr M'sia (tapi lebih miskin) sedangkan pengeluaran 4.03 kali & rizab 61.36 kali.


    Banding mcm ni mungkin nampak lebih terang...
    Alhamdulillah...

    Links:
    The proven oil reserves in Venezuela are claimed to be the largest in the world

    http://en.wikipedia.org/wiki/Oil_reserves_in_Venezuela

    http://2.bp.blogspot.com/-qUXIliUeXFY/TdpQcEfZXXI/AAAAAAAAK-o/R0YjcpCypEI/s1600/Chart-of-Oil-Trading-Nation_inverse.GIF

    http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(PPP)_per_capita

    ReplyDelete
  22. dah jelaskan tadi yang semua negara kena kurangkan subsidi.. bila dah kata kita antara yg termurah kenapa ssh sgt nak faham..

    susahlah kalau nak ckp dengan org yg berotak sempit ni... kalau dah beri penjelasan mcm mana pun pasti akan cari juga penafian wlpn secara jelasnya penafian anda menampakkan kejahilan...

    kalau nak sgt minyak murah dan benci sgt kat negara ni.. g laa pindah negara yg harga minyak murah tu.. tak payah nak bising2 sebab anda tak faham situasi yang sebenar yang anda tahu hanya meminta....

    nak senang semua susah laa.. negara kita ni pun tak lah sebesar negara lain.. tapi at least tak seteruk mereka.. memang lah kena banding negara lain barulah anda belajar apa maksudnya BERSYUKUR... orang yang tak Bersyukur rezeki takkan masuk... renung2kanlah....

    ReplyDelete
  23. Rosmah x bersyukur pon (sbb x tutup aurat) tp rezeki masuk je melimpah ruah...???

    ReplyDelete
  24. bersyukur le sedara sedari......x nk bersyukur pindah je dari negara nih,...x yah jadi rakyat msia...jadi je rakyat venezuela ataupun arab saudi.....x gitu?????

    ReplyDelete
  25. bodoh pye statement pengecut..otak korang camni bile la nk maju rakyat kite ni..pk la..subsidi tu wujud ke??xleh nk pk2 lg..ni nk tye ape tugas kerajaan??kenapa mereka diberi kontrak utk mntadbir??utk sape??dh lame sgt pegang kontrak cmni la..

    ReplyDelete
  26. fakta dr media2 pengampu umno(bertia harian n utusan)??jwpnya ini bukan fakta tapi AUTA..fakta ni da menunjukkan kerajaan skrg penipu
    http://beritasemasa.com/harga-minyak-ron95

    ReplyDelete
  27. dan kenapa sehingga kini tiada laporan kewangan petronas yang disiarkan untuk pengetahuan rakyat??? takut kantoi ada tangan2 ghaib yang ambil duit untuk kepentingan sendiri dan keluarga???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila refer pd website petronas.ade situ.

      Delete
  28. Yerr la aku pun dah lama x dapat anual repot petronas... Ade udang disebalik batu nih.... Dlu umum jugak keuntungan petronas setiap penggal.. Tp skrg yillek purringgek.. Kerajaan umno jgn buat main2 skrg nih dah nak ngundi ni nati bye bye... Rakyat dah makin sedar skrg nih...

    ReplyDelete
  29. NDAKLAH DI MALAYSIA NDK ADA MINYAK MURAH ,DI INDO MINYAK SEHARGA RP4500/LITER,1,40 RINGGIT,,YG 3 RINGGIT TU PERTAMAK JARANG DI BELI RAKYAT

    ReplyDelete
  30. Kawan saya merupakan seorang engineer dalam bidang cari gali. Memang kerajaan kita ada mengeksport minyak bermutu keluar negara, dan mengimport minyak yang lebih murah. Why is that. Sebab duit jualan tu la yang menampung subsidi minyak kat Malaysia.

    Tengok kat indon je la..minyak yang diorang guna langsung tak nampak macam minyak ala2 putih jernih gitu. Siap bulih jual dalam botol mineral lagi.

    Tengok aje la diorang punya infrastruktur, walaupun pengeluar minyak yang lebih besar berbanding malaysia, tapi jalan kat bandar2 pun lagi teruk dari jalan kat kampung2 kat Malaysia. Even ada sesetengah jalan lalauan utama ke tempat2 pelancongan terkemuka pun tak ada jalan tar. Rakyat memang miskin yang amat.

    Budak2 ada yang terpaksa menjual suara kat feri2, langsung tak kesekolah. Kita ni terlampau manja...sampai sudah tak tahu betapa beruntungnya kita kat Malaysia ni.

    Diorang nk pegi hospital pun kena bayar. Kita ni beruntung kena bayar RM 1 je. Bila accident, tak ada sapa2 nk tolong. Kenapa?? Sebab bila tolong, kita dikatakan mengganggu siasatan polis. Dan semua bil2 pesakit kita yang kena tanggung. Sebab tu, bila accident, even kat tengah jalan pun diorang akan biarkan macam tu saja.

    Makanan kat sana pun lebih mahal berbanding kat Malaysia, walhal selama ni dok ingatkan kat indon, makanan murah2. Nasi georeng dengan air pun dah berbelas2 ringgit. Patutla selama ni dok heran, kenapa gerai2 makan indon kat penang ni mahal berbanding kedai melayu. Bila ke sana baru tahu.

    So kalau nk di bandingkan rakyat Malaysia berbanding jiran serantau...diorang cakap rakyat Malaysia sangat beruntung, tapi kita??? Tak menghargainya...

    ReplyDelete
  31. Knp prlu kte bgduh sesama muslim krn mnyk? Krn duit kte lpe? Adakah mnusia sedr bhwa ini sume ujian? Prnh ke kte ucap syukur wlaupn kte d bebani tp kte msih mmpu? Bru Allah trun kn ujian skit dh mlalak. Bukn nk bsjud ke,bdoa ke. Blum smpai ftnah dajal yg sbenar dh pecah belah. Xtau la ble smpai p'tdbirannya nnt. Kdang2 mnusia lupa. Stiap yg dtg tu ujian. Sbar la hdapi stiap ujian. Blum lg malaysia ni dprintah kuku besi yg sbenar yg pksa rkyt sjud d kaki mnyembah sbgai tuhn. Jgn smpai mse tu pn klau d bri ksempatan xbsyukur sudh. Tp tu la hakikat. Mnusia xprnh puas. Len la bgduh sbb amalan xckup. Maaf la, sy bukn nk ckp sy alim. Sy bukn warak. Tp sy bosn tgk sikp s'stgh org yg xbsyukur. Tgu la nnt ble umat islam d srntau dunia d lyn sprti mna sdare kte d palestin, mesir, iran, syria. Mmg org akn ckp ap yg sy kate ni mngarut. Tp hakikatnya sume tu ad kaitan. Wallahualam. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  32. Apalah yg sibuk petrol2 ni. Jual la rm10/l pun rakyat mesti beli punya. Pru 14 nnt pn mesti pilih bn punya. Malaysia boleh laaaa.....

    ReplyDelete
  33. Apalah yg sibuk petrol2 ni. Jual la rm10/l pun rakyat mesti beli punya. Pru 14 nnt pn mesti pilih bn punya. Malaysia boleh laaaa.....

    ReplyDelete
  34. Apalah yg sibuk petrol2 ni. Jual la rm10/l pun rakyat mesti beli punya. Pru 14 nnt pn mesti pilih bn punya. Malaysia boleh laaaa.....

    ReplyDelete
  35. Harga minyak naik,tak lama lagi harga barangan naik, gaji kakitangan kerajaan naik, pekerja sewasta atau yang seangkatan dgnnya menderita tiada mendapat menafaat.

    ReplyDelete
  36. yang kata sal indon tu ko orang malaysia tulen? baca dulu sejarah melayu asal mana....kalau ske sangat perlekeh negara orang lain...belajar dulu salasilah diri sendiri dari mana.....cari kat google kalau dah rajin sangat bukak tnet....jgn jadi bodoh sombong dengan ego sendiri....motif nak memperkecil2 kan orang lain...ko ingat ko lahir sebagai seorang manusia yang suci utk memperkotakkatikkan ciptaan Tuhan yang lain? apa kalau indon pun bukan datang nya dari yang satu?

    ye kalau aku indon kenapa? ko lagi mulia atas nama melayu? atas nama asal melayu dari mana pun ko blum pasti....buat homework sikit....

    jgn sbb bangla nepal indon atau apa2 negara yang korang pandang remeh atau leceh kat depa...igt orang bangla, nepal, myanmar, indon atau dari negara2 yang korang pandang leceh ni takde yang berjawatan besar ke kat syarikat2 GAH dalam negara malaysia ni....gaji korang pun ibarat coki2 je bagi diorang.....

    apa pun aku minta maaf sekiranya terkasar bahasa atau terguris hati....dan maaf sekiranya lari tajuk.....sekadar untuk pencelik dan membuka hati saudara2 se ISLAM ku....

    utk bab minyak diatas....

    cuba kita nyahkan perkiraan2 apa tu semua dan amik logik sebagai contoh terdekat..

    saya ada coki2 dan banyak coki2 sbb saya buat coki2 sendiri.
    perlukah saya membeli coki2 dari orang lain dan jual pada pembeli?
    perlukah saya berhutang pula (hutang dengan negara luar) sbb nak bagi bantuan pada pembeli tempatan(mengenakan subsidi)

    pernah dengar pepatah ni?

    yang dikejar tak dapat, (nak harga murah)
    yang dikendong berciciran, (beban subsidi)

    fikirkan..menung2 kan bila tgh buang air besar....lagi besar keluarnya lagi besar impaknya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails