Monday, May 2, 2011

Perhentian Bas Canggih Keluar Bunyi Batuk, Beri Amaran Untuk Perokok





Cara terbaru kempen anti-merokok di Britain

Salah satu perhentian bas yang mengeluarkan bunyi batuk di Britain

Pihak berkuasa kesihatan Britain akan membina perhentian bas baru yang mengeluarkan bunyi batuk berkahak perokok apabila orang ramai mendekatinya.

Perhentian bas itu yang menelan belanja £1,200 sebuah (RM5,939), dilengkapi cip sensor yang dapat mengesan kehadiran manusia seterusnya mengeluarkan bunyi manusia sedang batuk.

Setakat ini, sebanyak 15 buah kemudahan itu telah dibina dalam fasa percubaan di seluruh Britain, terutamanya di kawasan yang banyak mencatatkan kes kanser paru-paru.

Pembinaannya merupakan sebahagian kempen antimerokok di negara itu bagi menggalakkan perokok yang mengalami batuk berpanjangan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Tempat perhentian bas unik ini merupakan kempen iklan kesihatan baru yang dapat menarik perhatian orang ramai," kata seorang pegawai kesihatan, Dr. Phil Sawyer.

sumber: news of the world, kosmo

Entri-Entri Berkaitan.....

4 comments:

  1. wahh, menarik.patut ada kat mesia jugak ni ^^

    ReplyDelete
  2. wah..!! satu cara yang bagus!!

    ReplyDelete
  3. buat kat malaysia tp kene bunyi lagu kumpulan rabbani pergi x kembali!!insaf..

    ReplyDelete
  4. good.. :) cdgn berita sengsasi kt atas tu pn terbaik... haha~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails