Monday, May 16, 2011

Penduduk Dunia Bakal Cecah 10.1 Billion Pada Tahun 2100





Bilangan penduduk dunia dijangka bertambah daripada hampir 6.9 bilion pada masa ini kepada 9.3 bilion menjelang 2050 dan 10.1 bilion pada 2100, kata pakar populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ramalan berkenaan digunakan oleh PBB dan kebanyakan agensinya untuk program dana dan perancangan bagi masalah membabitkan perubahan iklim hingga kematian ketika kelahiran.

Antara isi kandungan laporan tersebut:

  • Populasi penduduk dijangka secara rasmi bertambah 6.9 bilion pada 1 Julai depan dan tujuh bilion pada 31 Oktober.  
  • Kebanyakan punca utama peningkatan itu dijangka membabitkan negara yang mencatat kadar kesuburan tertinggi di dunia terutama di sub Sahara Afrika.
  • Penduduk di kebanyakan negara bertambah tua berikutan kemajuan perubatan yang membenarkan manusia untuk hidup lebih lama dan membolehkan keluarga memilih untuk mendapatkan lebih ramai anak. 
  • Namun secara global, penduduk hidup lebih lama, semakin sihat dan memilih untuk mempunyai keluarga yang lebih kecil.
  • Tetapi ada cabarannya. Dunia tidak lumpuh disebabkan pertambahan bilangan penduduk yang ramai, tetapi kebanyakan peningkatan itu membabitkan negara miskin.  
  • Membanteras kemiskinan dan mencari jalan untuk memastikan kesihatan penduduk hari ini, begitu juga generasi seterusnya akan memerlukan cara pemikiran baru dan kerjasama global berterusan. 

 Jangkaan populasi penduduk dunia pada 2050 dan 2100


 Taburan penduduk dunia mengikut benua

 Taburan penduduk dunia mengikut negara

Pengarah Bahagian Populasi PBB, Hania Zlotnik, berkata bahawa ramalan itu bergantung kepada peningkatan kadar kesuburan.

“Jika mereka tidak mencapai tahap kesuburan yang rendah kami menjangkakan negara berkenaan mungkin menjadi punca masalah serius,” kata Zlotnick.

“Angka penduduk dunia seramai tujuh bilion memberi cabaran dan juga satu peluang,” kata pengarah eksekutif Dana Populasi PBB, Dr Babatunde Osotimehin yang menyokong penggunaan data populasi bagi program anti kemiskinan dan merangka dasar.

“Apabila kita mencapai angka penduduk sebesar ini, adalah penting untuk memikirkan mengenai individu di dalamnya.

“Setiap satu akan mempunyai pilihan yang menentukan sama ada tujuh bilion menjadi sembilan bilion atau lebih 11 bilion menjelang 2050,” kata presiden kumpulan, Suzanne Ehlers.


sumber: berita harian, http://www.sv.vt.edu, http://www.treehugger.com, http://www.ethiopianreview.com

Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

  1. anak luar nikah juga makin meningkat, ish2

    ReplyDelete
  2. sarang buat pandai

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails