Skip to main content

Menu Pelik: Snek Daripada Tanah Liat Yang Dipanggang




Makanan dari tanah liat yang diberi nama "Ampo" ini merupakan makanan tradisional yang popular di kalangan masyarakat Tuban, satu daerah di Indonesia.  'Snek' ini dipercayai dapat menguatkan sistem pencernaan. Bahkan memakan tanah liat juga dipercayai oleh kaum ini akan dapat mengubati beberapa jenis penyakit.


Tuban merupakan satu-satunya tempat di dunia yang mana masyarakatnya memakan tanah panggang. Tidak dinafikan memang terdapat orang-orang lain di dunia yang suka memakan pasir, dan benda aneh lainnya, tetapi tidak ada yang memakan tanah panggang.

Salah seorang warga Tuban mengatakan bahawa dia sudah memakan ampo sejak dia masih kecil lagi dan ampo berupaya menyejukkan perutnya.

Rasima, seorang penjual Ampo, mengatakan bahawa tidak ada resepi khusus untuk memasak 'snek' tersebut. Dia hanya mencari tanah liat yang bersih yang bebas dari batu kerikil, kemudian ditumbuk dan dipadatkan sehingga berbentuk segi empat.

Kemudian, kepingan segi empat itu dikikis lalu membentuknya seperti gulungan. Tanah yang sudah menggulung itu kemudian dibakar dan diasapkan selama 1 jam, lalu jadilah ia sebagai snack atau makanan ringan yang siap dimakan.

Rasima biasanya menjualnya dipasar dan sehari dia berupaya mendapat pendapatan sekitar Rupiah 20 ribu untuk menyara keluarganya.


Berikut ini cara membuatnya :


1. Pisahkan Tanah Liat Dengan Kerikil dan Pasir



Pada tahap ini tanah diramas dan diadunkan antara yang lembut dan yang kasar. Seperti halnya membuat adunan kek, maka semakin baik ia diadun, semakin sedap rasa Ampo yang dihasilkan.


2. Bentuk Tanah Menjadi Seperti Kotak 4 Segi



Pada tahap ini, adunan sudah dikira sebati. Komposisi tanah dan air sudah merata pada setiap bahagian adunan. Antara ciri adunan ini sudah sebati ialah ia tidak akan melekat lagi pada telapak tangan.


3. Bentuk Stick



Tanah liat dikikis,digulung sehingga menjadi bentuk seperti stik.


4. Bakar Tanah Liat



Setelah tanah liat dibentuk menjadi stick, ia kemudiannya dipanggang diatas tungku tradisional sehingga mengeras dan kering. Seperti terlihat pada gambar, tanah liat diletakkan diatas kuali/belanga dengan pemanasan tungku dan kayu.


5. Siap Dihidang


Nampak seperti choki-choki yang sudah mengeras...kan,kan?

p/s: Ada ke yang teringin nak cuba?

sumber: http://www.apakabardunia.com/

Comments

  1. erkkkk.. macam tak sedap .. apa lah rasa benda tuh .. lol

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salut coklat sedap kot. mcm nini coklat celup

    ReplyDelete
  4. subejctive untuk terlalu dibicarakan...
    mungkin ada implikasi positive dr halini kerana asalnya manusia itu dr tanah dan berakhir jugamenjadi tanah, mungkin ada kesinambungan di situ ...tetapi harus dikaji dan di teliti dalam perkara seperti ini...di khuatiri implikasinya x seindah mimpi... fikir2kan.

    apapun..mereka unic !

    ReplyDelete
  5. menarik tp x lalu la nak makan. hehe

    ReplyDelete
  6. haha. takde ke negara yg mkn plastisin budak kecik tu eh?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.