Skip to main content

Happy Labour Day! - Jom Baca Kisah Asal-Usul Hari Pekerja/Labour Day

Hari Pekerja atau Hari Buruh merupakan hari cuti tahunan yang dirayakan di seluruh dunia, wujud hasil dari gerakan kesatuan pekerja, dengan tujuan untuk meraikan kejayaan ekonomi dan sosial para pekerja. Majoriti negara merayakan Hari Pekerja pada tarikh 1 Mei, dan dikenali sebagai May Day atau Hari Pekerja Antarabangsa.



Sejarah Hari Pekerja

Penetapan tarikh 1 Mei ini, ada kaitannya dengan perjuangan buruh menuntut hak bekerja selama 8 jam sehari, serta tragedi Haymarket di Chicago, AS.  

Pada tanggal 1 Mei 1886 sebanyak 350,000 orang buruh melakukan tunjuk perasaan di beberapa tempat di AS. Mereka dipimpin oleh Federasi Buruh Amerika. Golongan pekerja ini menuntut penambahbaikan terhadap kesejahteraan mereka dan yang paling utama mereka menuntut hak bekerja 8 jam sehari. Pada ketika itu, kesejahteraan buruh adalah di tahap yang teruk di mana mereka dipaksa bekerja sehingga 15 jam sehari.

 

 Aksi tunjuk perasaan ini terus berlanjutan sehinggalah pada 3 Mei 1886 apabila pihak berkuasa menghantar sejumlah pasukan polis untuk mematahkan mogok para pekerja di kilang McCormick. Pihak polis telah menembak para pekerja yang melakukan tunjuk perasaan. Empat orang dilaporkan mati manakala puluhan yang lain cedera. Hal ini menimbulkan kemarahan di kalangan golongan itu.

 
Kemuncaknya berlaku pada 4 Mei, tunjuk perasaan ini dipusatkan di kawasan Haymart. Aksi yang disertai oleh puluhan ribu buruh ini awalnya berjalan secara damai, namun tiba-tiba sebuah bom meledak di bahagian barisan pihak polis yang berkawal. Seorang polis maut dan belasan yang lain cedera. Pihak polis membalas dengan menembak para pekerja yang masih bertahan. Ramai yang maut dan dilaporkan cedera.

 
 

Walaupun tidak jelas siapa yang meledakkan bom tersebut, pihak berkuasa melakukan tindakan keras kepada para aktivis buruh. Lokasi pertemuan mereka digempur. Hampir semua orang penting dan tokoh buruh ditangkap. Proses pengadilan berjalan secara berat sebelah. 8 orang pemimpin buruh dijatuhi hukuman gantung. Mereka termasuk August Spies, Albert Parsons, Adolph Fischer dan George Engel. Manakala seorang tokoh lagi, Louis Lingg membunuh diri ketika berada di dalam penjara. Hukuman untuk Michael Schwab, Samuel Fielden dan Oscar Nebe pula diganti dengan hukuman penjara seumur hidup.

Masyarakat marah di atas keputusan kehakiman berat sebelah tersebut. Mereka menuduh sistem kehakiman AS sebagai korup dan memihak kepada golongan majikan. Aksi tunjuk perasaan untuk mendesak pemerintah supaya membebaskan para aktivis buruh yang ditahan terus berlangsung. Akhirnya kira-kira 7 tahun kemudian iaitu pada tahun 1893, 3 orang aktivis buruh tersebut dibebaskan.


Sebagai mengenang momentum pergerakan perjuangan buruh, maka tarikh 1 Mei pun akhirnya ditetapkan sebagai hari buruh dalam Kongres Antarabangsa Buruh di Paris pada tahun 1890. 1 Mei kemudiannya turut popular dengan sebutan May Day.


Sambutan di Seluruh Dunia

Sebahagian besar negara merayakan Hari Pekerja pada tarikh 1 Mei, yang dikenali sebagai May Day dan Hari Pekerja Antarabangsa. Di Eropah hari Buruh mempunyai definisi yang lebih signifikan sebagai festival luar bandar yang umumnya lebih penting daripada gerakan Hari Buruh.  

1 Mei merupakan hari cuti umum di Albania, Argentina, Aruba, Austria, Bangladesh, Belarus, Belgium, Bolivia, Bosnia, Brazil, Bulgaria, Cameroon, Chile, Colombia, Costa Rica, China, Croatia, Cuba, Cyprus, Republik Czech, Denmark , Republik Dominican, Ecuador, Mesir, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Guatemala, Haiti, Hong Kong, Hungary, Iceland, India, Itali, Jordan, Kenya, Latvia, Lithuania, Lebanon, Macedonia, Malaysia, Malta, Mauritius, Mexico , Maghribi, Myanmar (Burma), Nigeria, Korea Utara, Norway, Pakistan, Paraguay, Peru, Poland, Filipina (dieja sebagai "Hari Buruh"), Portugal, Romania, Persekutuan Russia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Korea Selatan, Afrika Selatan, Sepanyol, Sri Lanka, Serbia, Sweden, Syria, Thailand, Turki, Ukraine, Uruguay, Venezuela, Vietnam, Zambia, dan Zimbabwe.
Di Slovenia, Serbia dan Ukraine, 2 Mei juga merupakan hari cuti kebangsaan. Manakala di Poland, 1 Mei juga merupakan hari cuti umum, namun Hari Buruh ditukar namanya kepada "State Holiday" pada tahun 1990. 




sumber: http://www.apnimarzi.com, http://us.detiknews.com 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.