Skip to main content

Kek Perkahwinan 8 Tingkat Serba Mewah Putera William dan Kate




Putera William dan Kate Middleton, memotong kek setinggi lapan tingkat bagi meraikan perkahwinan mereka bersama rakan-rakan dan ahli keluarga Jumaat lalu. Konfeksi itu dilitupi krim dan ising putih serta dihiasi 900 kuntum bunga bersalut gula. Ia menjadi tumpuan semasa acara resepsi di Istana Buckingham.

Ini pula kek coklat biskut McVities permintaan Putera William
Penyediaan kek itu menyebabkan pembuat kek, Fiona Cairns, keletihan tetapi sungguh gembira walaupun terpaksa bekerja selama lima minggu untuk menyiapkan dekorasi kek itu. Ia benar-benar menguji kemahirannya, begitu juga pekerja-pekerjanya.

Duke dan Duchess of Cambridge yang baru itu merupakan penggemar kek buah Cairns. Penyanyi Paul McCartney juga memesan kek daripada Cairns semasa Krismas setiap tahun. Wanita itu turut menjadi pembuat kek untuk kumpulan Pink Floyd dan Simply Red.

Cairns, 56, yang keknya dijual di gedung Harrods, Selfridges dan Waitrose, dihubungi pihak Istana St James Februari lalu jika dia boleh membuat kek perkahwinan William dan Kate.

"Walaupun lapan tingkat, Kate tidak mahu ia menjadi setinggi tujuh kaki. Dia juga tidak mahu kek itu kelihatan seperti menara yang kurus," kata Cairns.

Pasangan itu juga mahukan elemen daripada teknik dekorasi pakar kek Joseph Lambeth digunakan termasuk membentuk daun tiga dimensi, bunga dan hiasan lain.


Lagi gambar-gambar menarik disebalik penyediaan kek tersebut:

 
 
 
 
 

sumber: kosmo, dailymail.co.uk

Comments

  1. super detail! wahhh.. nk kek kawen cmtu.....

    ReplyDelete
  2. gila cantik kek dia .. mesti mahal nak mati .. lol

    ReplyDelete
  3. cantiknya..nampak sdap la kek coklat biskut mcVities tu =)

    ReplyDelete
  4. chantek bangat.... bila laa agaknya boley dapat kek camtu jugak.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. cantik2x pun masuk dlm perut gak hehehehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.