Skip to main content

Kajian Buktikan Lelaki Yang Kurang Senyum dan Pemalu Lebih Seksi di Mata Wanita






 Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.


Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.

Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita. Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.

Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.

“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya.

Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.

Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.

“Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira.

source: http://www.hmetro.com.my

Comments

  1. huahuahua!try tgk T.O.P(bigbang) suda..muke seyes tp pompuan cair je tgk dy..haha!

    ReplyDelete
  2. setuju sgt. kalau yg diam diam ni npk kool je. ewah!

    ReplyDelete
  3. tapi dalam islam,senyum itu satu sedekah....

    ReplyDelete
  4. "senyuman mungkin terlalu menampakan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks" tak setuju kerna nabi org yg pling byk senyum...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.