Tuesday, May 10, 2011

Hebat! Sekumpulan 6 Nenek Curi Hampir RM 1.49 Juta





Dah tua-tua pun masih lagi buat kegiatan tak bermoral. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni?


Polis memburu sekumpulan wanita yang memakai topi mencuri kad kredit dan wang tunai yang dianggarkan berjumlah hampir AS$500,000 (RM1.49 juta) di Michigan.

Kumpulan yang terdiri daripada wanita yang digelar nenek itu mencuri dompet dan beg duit mengandungi kad kredit yang kemudian digunakan untuk membiayai kos membeli-belah mereka.

Menurut polis, wanita itu melakukan perbuatan tersebut sejak hampir setahun lalu. Seramai enam wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti itu.

Menurut seorang pegawai polis, Leftenan Luke Riley kepada akhbar Detroit Free Press, wanita tersebut berusia pertengahan umur.

Rakaman kamera keselamatan merakamkan beberapa gambar wanita itu yang ada di antara mereka memakai topi berwarna biru, hitam dan putih.

sumber: kosmo

Entri-Entri Berkaitan.....

6 comments:

  1. baru dengar tadi....kat berita..

    ReplyDelete
  2. w00t w00t...nenek minum ap hebat cmni nenek?..hahaks

    ReplyDelete
  3. peh! nenek ni memang advance lah. sanggup mencuri padahal umur dah lanjut.

    ReplyDelete
  4. dasyat nenek zaman sekarang ni eh =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails