Skip to main content

Hari Jumaat, Hari Untuk BerBOGEL Bagi Mereka Ini




Berbogel ria sambil kerja. Inilah yang dilakukan oleh sekelompok pekerja di sebuah pejabat di Newcastle, England. Mereka yakin bekerja dalam keadaan bogel dapat menambah semangat dan menaikkan produktiviti kerja. Ini lebih teruk dari binatang.


Staf pemasaran di sebuah pejabat di Newcastle melakukan hal gila-gila ini. Mereka benar-benar telanjang bulat di pejabat. Dikatakan tindakan 'gila-gila' ini adalah hasil daripada idea bernas bos mereka yang mendorong anak buahnya bekerja tanpa pakaian. Dengan cara ini, kata bos itu, produktiviti dan prestasi kerja akan meningkat kerana pekerja sangat ghairah dan bersemangat bekerja. Menurutnya, inovasi dan motivasi sangat penting dilakukan di masa krisis seperti sekarang.

Untuk menaikkan semangat kerja, pihak syarikat juga mengundang pakar psikologi, David Taylor, untuk memberi panduan motivasi kerja. Penggunaan kaedah 'Berbogel Pada Jumaat' itu dianggap berjaya dan membawa hasil positif bagi syarikat. Pengurusnya Sam Jackson, 23, mengatakan, ini adalah idea yang sangat bernas.

"Sekarang kita boleh saling melihat antara satu sama lain dalam keadaan telanjang, tidak ada penghalang lagi," ucapnya.

"Sama ada kami berpakaian ketika waktu masuk pejabat, atau berpakaian dalam atau juga bertelanjang bulat sekalipun, ianya tidak menjadi pengahalang. Kenyataannya, kami selesa dengan keadaan seperti ini. Pada saya, apa yang ada di badan saya, saya tidak malu kerananya.

 

"Selama seminggu pada awalnya bekerja telanjang, kami berasa aneh dan berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Untuk itu setiap perkerja disarankan membuat fotocopy bahagian-bahagian badannya. Hal ini untuk membuat mereka lebih percaya kepada diri sendiri.

"Perlu masa seminggu bagi David untuk memotivasilan para pekerja dan meningkatkan keberanian. Pada awalnya terasa aneh dan janggal, tetapi setelah itu saya menjadi biasa. Saya berjalan telanjang menuju meja kerja saya, dan ia kini tidak menjadi masalah lagi. Saya merasa benar-benar selesa."

"Dengan tradisi baru ini, kami temui bahawa kami menjadi lebih bebas dan terbuka antara satu sama lain. Impak kepada syarikat menjadi lebih baik."

Managing Director, Mike Owen, 40, mengatakan, sama ada kami berani atau gila, itu tidak penting. Saya kata, tak mahu pun tak apa. Hanya yang yakin kepada diri sendiri saja, yang dapat lakukan. Bekerja telanjang ini dilakukan mendapat liputan televisyen. Sebuah pejabat pemasaran di Newcastle memiliki program "Jumaat Telanjang" di mana semua pekerjanya bogel sambil bekerja setiap Jumaat.


 source: telegraph.co.uk

Comments

  1. dunia2...manusia sekarang macam da xda tamadun..
    memalukan jer..

    ReplyDelete
  2. Haha dah balik ke jaman batu.

    ReplyDelete
  3. sangap!! dah kembali ke zaman jahiliah sudah

    ReplyDelete
  4. hahahaha..mcm menghina hr jummat jer

    ReplyDelete
  5. nauzubillah,
    benar! kemajuan sesuatu tamadun itu di ukur dgn kemajuan bangsanya... tp dalam keterbukaan perlu ada hadnya, Tertutup jangan sampai jumud andai terbuka jangan sampai hanyut!

    ReplyDelete
  6. hmm.... masalah besar dah ni... bajet cam seronok la mcm tu, time kat padang mahsyar nnti sibuk nk carik baju...

    ReplyDelete
  7. buat malu je..dh la ari jumaat..
    ape nk jd la ngn manusia zaman skrg ni..
    berbalik ke zaman btu lak..

    ReplyDelete
  8. bangang yang melampai batas....

    ReplyDelete
  9. ni semua manusia belah sana. negara mereka maju, tapi pemikiran mereka ke belakang. aku rasa orang zaman batu pun malu tengok mereka ni

    ReplyDelete
  10. diorang tgh prepare utk kt padang mahsyar sana nnt

    ReplyDelete
  11. Sekolah tinggi tapi otak Bengong.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”