Para penyelidik di Universiti Tohoku, Sendai, di timur laut Jepun yang diketuai Yusuke Sugahara berjaya mencipta prototaip sebuah kereta api unik yang terapung.
Kereta api itu mempunyai sayap dan ia kelihatan seperti kenderaan antigraviti dalam filem Star Wars, Landspeeder. Sayap pada kereta api itu akan membantu kenderaan unik tersebut bergerak pada kelajuan yang tinggi.
Disebabkan tidak bersentuhan dengan tanah, tidak ada geseran yang mengurangkan momentum ke depan, ia membolehkan kenderaan itu untuk mencapai kelajuan lebih besar dari kereta api biasa dengan penggunaan tenaga yang lebih sedikit.
Masalah yang timbul dengan jenis kereta api baru ini adalah kerana ia memiliki sayap, ia harus berurusan dengan bunyi bising dan berpusing - seperti semua pesawat - sehingga sangat sukar bagi bahagian bawah kenderaan untuk tetap selari dengan tanah.
Antara prototaip yang telah dibina. Ianya kelihatan terapung sedikit daripada tanah
Prototaip ini sedang diuji kaji di landasan trek (lihat video di bawah)
Landspeeder, kenderaan anti-graviti Luke Skywalker yang digunakan dalam filem Star Wars
Klip ketika prototaip ini sedang diujikaji:
canggiih gileee
ReplyDeletestyle! tpi kan klu da tmbah berat dalam ketapi, msti la sentuh gak tanah nnti kan? secara logiknye laa
ReplyDeletefuuhh..leh terbang tak nih? hehe
ReplyDelete