Sebatang cerut yang sepanjang 81.8 meter dihasilkan oleh beberapa orang diketuai oleh penggulung cerut di Cuba, Jose Castelar.
Castelar berharap cerut itu akan mencipta rekod sebagai yang paling panjang di dunia.
Dia dan pekerja-pekerjanya mula menghasilkan cerut itu pada penghujung April lalu dan ia berjaya disiapkan kelmarin.
Sebelum ini, Castelar, 67, mencipta rekod dunia kerana dia menggulung cerut sepanjang 45 meter pada 2008.
Cerut itu kini menunggu pengesahan rasmi daripada pihak pengurusan Guinness World Records di London untuk disahkan sebagai yang paling panjang di dunia.
sumber: kosmo
alahaiii...macam2 cara la buat nak kasi masuk GWR. hehe
ReplyDeleteni kena brape org sedut bru nk abes ni?
ReplyDeleteklau sorg yg sedut ni cnfirm kejang mulut! hahahaha pape je la dorang ni..
ReplyDeletejemput singgah ANASAURUS :)