Buah tembikai meletup - mungkin disebabkan peggunaan bahan kimia berlebihan oleh petani - sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan sektor makanan di negara ini.
Media China berkata, hampir 120 ekar hasil tembikai di bandar Danyang musnah akibat kejadian itu selepas petani menggunakan bahan kimia forchlorfenuron untuk mempercepat pertumbuhan tanaman itu.
“Pada 7 Mei lalu, saya menghitung terdapat 80 buah tembikai yang meletup tetapi tengah hari ini bilangannya meningkat kepada 100,” kata petani, Liu Mingsuo kepada Stesen Televisyen Kerajaan, Televisyen Pusat China (CCTV) dalam laporan yang disiarkan baru-baru ini.
Menurutnya, dia menyembur tanaman itu dengan bahan kimia hanya sehari sebelum itu.
“Dua hari kemudian, saya tidak peduli lagi untuk menghitung,” tambah Liu yang mengaku menyembur forchlorfenuron di ladang tembikainya yang seluas tiga hektar - lebih daripada dua pertiga hasil tanamannya - musnah.
Bagaimanapun, laporan CCTV dan media lain turut memetik kenyataan pakar yang menyebut keadaan itu disebabkan oleh perubahan cuaca apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba di kawasan berkenaan yang mengalami kemarau sebelum ini.
sumber: http://www.bloomberg.com, hmetro
mm..ksian semangka2 nie..
ReplyDeletep lg kesian kalu termakan dek orang...
boley dpt penyakit nie..
dorg guna kimia byk sgt lah tu,kimia panas bg cepat masak kan.tu meletop kot.haih~
ReplyDeletetulus selalu je makan tembikai kat sini....nasib baik tak meletup lam perut.huhu
ReplyDeleteklu tembikai pn x leh tahan, apetah lgi manusia. kan?
ReplyDelete@tulus sweet tulus, hati2 k makan makanan kt sana..jgn mkn sembarangan :)
ReplyDelete@atieshariffuddin yeah, itu baru tembikai, kalu manusia mgkin lg teruk jdnya..
ReplyDeletejangan terkejut kalau orang skrg dapat penyakit pelik2....kebanyakan punca dari makanan....
ReplyDeleteitu kalau tengah nak makan tetiba meletup...fuhh..parahhh..
ReplyDeletehaha..kelakar nye tgok tembikai nie..xp kesian lark ngan tauke die...
ReplyDeleteharap bersabor je,...
pupuk itu cocok buat pohon kelapa...
ReplyDelete