Skip to main content

Bapa Seret Anak Yang Bogel di Tengah Bandar




Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe Internet di  pekan Heichi, China selepas membogelkannya. Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya.


Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."

Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.

Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet.


Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet. Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.

"Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan.

 source: kosmo, dailymail.co.uk

Comments

  1. wah... tula sape suh mencuri...hi3

    ReplyDelete
  2. Tapi kan kesian la bdk tu...mesti sakit bontot dia. Berpada la kalau nak mengajar anak pn. Mengajar & menyakiti xsama....

    ReplyDelete
  3. MUngkin budak itu akan berdendam dengan bapanya seumur hidup..kecuali jika bapanya ambil tindakan lain lepas ni..

    ReplyDelete
  4. @Alan Rizque sokong alan..aku dulu penah juga bedendam dgn bapa aku sebab dia ikat aku dkt pokok kelapa n pukul aku dpn org ramai.lama juga aku bedendam hinggalah bila da besar n matang sikit baru aku faham apa yg bapa aku bt utk kebaikan aku jugak..(masa tu aku tanak g sekolah, sb tu kena ikat )

    ReplyDelete
  5. pengajaran terbaik utk bdk ni...da la mak da xde..bpk yg bsr kn die bole plak mencuri lps tu g cyber cafe...
    mmg ptut ape yg bpk die buat...

    ReplyDelete
  6. "mmng kesian..tp lw xwt cmtu t budk tu xsrik..mgkn bpk dy dh lme sbr kowt..kite sebagai ank kne r hrgai pengorbann bpk..jngn nk ske2 jew..aqu pun pnh gk kne ikt mse umo 17 dlu..cz dgil cngt..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”