SMS, call, video call, layan MP3, snap gambar, rakam video, GPS, etc..mana satu yang anda selalu buat dengan telefon bimbit anda? Memandangkan telefon bimbit kini terlalu canggih dengan pelbagai fungsi yang menarik, ia tentunya satu persoalan yang cukup menarik untuk dijawab. Adakah penggunaan telefon bimbit kini melampaui tujuan ianya diperkenalkan suatu ketika dulu, iaitu untuk membuat panggilan dan menghantar SMS?
Disebabkan persoalan yang menarik ini, satu survey telah dilakukan oleh sebuah website popular, GSM Arena yang telah melakukan kajian untuk mengkaji pola penggunaan telefon bimbit dikalangan pengguna di seluruh dunia. Kajian ini dilakukan selama beberapa minggu dan telah disertai oleh kira-kira 15,000 orang responden.
Okey, apa kata kita lihat hasil kajian tersebut:
1. Apa yang sering dilakukan setiap hari dengan telefon bimbit:
Kalau anda perhatikan betul-betul chart di atas, adalah tidak pelik jika ramai orang menggunakan telefon bimbit untuk membuat panggilan. Tetapi yang agak mengejutkan, ramai juga orang menggunakan telefon bimbit mereka sebagai jam loceng, malah mengatasi SMS yang berada di tempat ke-3.
2. Apa yang paling kurang dilakukan:
3. Features Yang Paling Diperlukan:
Daripada chart di atas, nampaknya ramai juga orang yang mementingkan feature kamera untuk mengambil gambar, tetapi yang agak mengejutkan juga, ramai pula orang yang memerlukan fungsi kalkulator (tempat ke-3), malah mengatasi fungsi jom loceng yang menduduki tangga kedua dalam most used daily.
4. Paling tidak diperlukan:
Ini rasanya paling tidak diperlukan pun dalam telefon bimbit, kecuali MMS, betul tak?
5. Features Yang Jarang Digunakan (sering dilupakan):
Sebenarnya hasil kajian ini adalah tersangatlah panjang, namun secara ringkasnya, hasil keseluruhan kajian adalah seperti di bawah ini :
So, kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit kini tidak lagi terhad kepada penggunaan konvensional (buat call, hantar SMS dan MMS). Malah fungsi konvensional tersebut dilihat semakin berkurang popularitinya, walaupun ia adalah antara sebab utama anda memiliki telefon bimbit. Dengan adanya pelbagai fungsi lain yang lebih menarik, mungkin suatu hari nanti kita bakal melihat telefon bimbit tidak lagi digunakan untuk fungsi konvensionalnya, tetapi mungkin digunakan supaya anda sentiasa berada dalam keadaan online (internet-browsing, IM, email, update Facebook, etc).
more info at: GSM Arena
wah.. gud post la.. =)
ReplyDeletesaya xsuke pakai jam tangan....jadinya jam kat handset tu amat berguna kat saya..terutama nak buat kejut tidur...heheheh!!~
ReplyDeletesetuju dengan bella..
ReplyDeleteselain itu saya suka jadikan torchlite. henpon saya ada torchlite tau *mood riak*
kalau aku sgt3 penting utk sms jek
ReplyDelete