Skip to main content

10 Jenama Paling Bernilai Di Dunia





Apple akhirnya berjaya mengatasi Google sebagai jenama paling bernilai di dunia, sekali gus menamatkan penguasaan selama empat tahun enjin carian Internet itu, menurut tinjauan terbaru oleh agensi jenama global, Millward Brown.


Jenama pengeluar iPhone dan iPad itu kini bernilai AS$153 bilion (RM457 bilion), hampir separuh daripada pasaran modal Apple, lapor BrandZ yang membuat tinjauan tahunan ke atas 100 jenama utama dunia.

Tahun lalu Apple dinobatkan sebagai syarikat teknologi paling bernilai mengatasi Microsoft selepas menghasilkan barangan yang paling diinginkan pengguna.

Pengarah Millward Brown, Peter Walshe berkata, usaha Apple yang sangat mementingkan perincian dan elemen mesra alam dalam gajet membuatkan produk mereka lebih unik berbanding produk elektronik yang ada di pasaran.

"Apple telah melakukan apa yang dibuat oleh jenama mewah di mana penetapan harga tinggi pada model keluarannya menjadikan pengguna lebih ghairah dan berkeinginan untuk memilikinya.

"Untuk menggunakan pendekatan ini, sesebuah syarikat itu mestilah mempunyai produk yang hebat serta pengalaman yang luas dan Apple telah pun menguasainya," katanya.


 Berikut Merupakan 10 Jenama Paling Bernilai di Dunia :
  1. Apple
  2. Google
  3. IBM
  4. McDonalds
  5. Microsoft
  6. Coca-Cola
  7. AT&T
  8. Marlboro
  9. China Mobile
  10. General Electric

Facebook turut berada dalam senarai 100 jenama bernilai di dunia dengan menduduki tangga ke-35, sementara enjin carian China, Baidu meningkat ke tempat ke-29.


Toyota pula merampas semula kedudukannya sebagai jenama kereta paling bernilai selepas pulih daripada krisis penarikan semula kenderaan yang dijual pada 2010.

sumber: utusan

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.