Skip to main content

Wajah Baru Hentian Puduraya (18 foto)




Hentian Puduraya ialah terminal utama di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 1976 oleh bekas Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn. Setelah ditutup selama hampir setahun untuk kerja-kerja penambahbaikan dan pemodenan, kini Hentian Puduraya akan beroperasi semula mulai Sabtu ini bersamaan 16 April 2011.

Wajah Hentian Puduraya sebelum kerja-kerja penambahbaikan
Wajah baru Hentian Puduraya...

Antara penambahbaikan yang telah dilakukan:
  • Mempunyai 3 kawasan menunggu yang baru iaitu, tingkat mezanin seluas 1,310 meter persegi yang siap dalam fasa satu pembinaan iaitu pada April 2010 yang lalu.
  • Selain itu, dua tempat menunggu yang baru di tingkat satu turut disediakan iaitu kawasan menunggu A dan B seluas 1,716 meter persegi yang berhawa dingin. Dahulunya tingkat satu ini menempatkan ruang makan dan gerai runcit.
  • Sebanyak 50 kaunter tiket disediakan di tingkat satu berbanding 108 kaunter sebelum ini. (pengurangan). Hal ini kerana syarikat yang mempunyai pengarah sama disatukan bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengurusan kawalan kaunter.
  • Terdapat penambahan mobiliti untuk untuk para penumpang melalui peningkatan lif dan eskalator, penambahan 2 unit walkalator, laluan pejalan kaki, sistem siar raya, penambahan tandas awam yang melibatkan kemudahan mesra pengguna untuk orang kurang upaya.
  • Ia kini menempatkan lebih kurang 245 lot merangkumi kaunter tiket, mesin-mesin Mesin Teler Automatik, kiosk, gerai runcit serta restoren-restoren. 
  • Kaunter tiket yang lebih sistematik dibina di tingkat satu, medan selera pada tingkat atas bumbung, pengubahan kipas ekzos di tingkat bawah serta keseluruhan kerja-kerja menaik taraf tingkat bawah tanah.
  • Dewan sembahyang terminal seluas 511 meter persegi telah diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan berhawa dingin. Setelah diubahsuai, surau itu kini boleh menampung 400 orang jemaah dan mendapat pentauliahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengendalikan sembahyang Jumaat.

Lagi gambar-gambar menarik (kredit to mstar):

 






 Harapnya dengan wajah yang baru ini, keindahan Hentian Puduraya ini dapat di jaga dengan baik dan sempurna untuk keselesaan semua orang.

sumber: mstar online, http://shaffik.com

Comments

  1. ni puduraya?! Ya Allah, berubah 200%!

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  2. wah..!!kemaen lawa naa...baguih la..pasni kena drop kat pudu la..hahaha

    ReplyDelete
  3. esok terus nak balik ikut pudu..

    ReplyDelete
  4. terkenang puduraya di zaman 80an dan 90an

    teruja melihatkan pembaharuan rasa nak buat lawatan wp dah lama tak naik bas

    ReplyDelete
  5. huhu...barulah nmpk cm status negara maju..ni tak, sblm ni malu kot dkt pelancong asing, puduraya yg dulu kotor dan sesak..hopefully kemudahan baru ni diguna sebaik mungkin dan tak dirosakkan

    ReplyDelete
  6. uih...cantek2....semestinye ini lah hentian pudu yg dimahukan semua selari dengan kedudukan di tengah KL.

    ReplyDelete
  7. betul2 maintain jgn hangat2 taik ayam..

    ReplyDelete
  8. terbaek ah pudu!bru ade smngt nk g kl pasneh..hehe

    ReplyDelete
  9. macam aiport pun ade

    ReplyDelete
  10. aku dah lama tak pi or lalu kt puduraya ni weh... hahahhahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.