Monday, April 4, 2011

Selepas 6 Bulan Nikah, Baru Tahu Isteri ialah Lelaki




Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki, Umar baru mengetahui bahawa isterinya itu ialah seorang lelaki tulen.


Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.

"Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung," kata seorang pegawai polis di Jatiasih, Bekasi, Darmawan Karosekali.

Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap.

"Selepas diperiksa (oleh Umar), ternyata dia (Fransiska) memang laki-laki," kata Darmawan.

Umar yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis. "Buat masa ini, kita sudah tahan (lelaki yang menyamar wanita itu) dan kesnya sedang disiasat," kata Darmawan.

Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah jiran-jiran Umar mengadu dia tinggal bersama Fransiska selama seminggu. Perbuatan tersebut tidak elok dipandang masyarakat dan agama. Jiran-jirannya itu meminta mereka berkahwin dan pasangan itu bersetuju.

Jelas Darmawan, Fransiska memalsukan kad pengenalan dirinya, manakala dua orang rakannya menyamar menjadi ibu bapanya semasa akad nikah.

Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki.

sumber: kosmo

Entri-Entri Berkaitan.....

10 comments:

  1. hahaha...macam pelik je..dapat tau bini dia lelaki lepas 6bulan kawin sbb bdn die tegap??...ai..tak kan tade buat gitu2 tak perasan kot...ahahaha

    ReplyDelete
  2. tuh la pelik..xkan la si suami xde meng ape2kan 'isteri'nye lps kawen. wallahualam..

    ReplyDelete
  3. haish..pelik laa..husband die ni lambat peka betul...

    ReplyDelete
  4. hhahaha.. lps 6 bln bru perasan..?

    ReplyDelete
  5. hahaha..nak tergelak...lawak la, bleh pulak macam tu

    ReplyDelete
  6. perasan badan je ke? yg tu xkan x perasan? pelik sgt rasanya...

    ReplyDelete
  7. haih badan jer?6 bulan plak tu??hahaha..sangat memusykilkan

    ReplyDelete
  8. 2 la...tgk kcantikan je,,ni lah pdahnya..

    ReplyDelete
  9. kenapa dah 6bulan baru perasan?satu tempoh yang lama juga tapi takkan perasan badan bini dia tegap saja anggota yang lain tak perasan ke?kiranya tak sah perkahwinan

    ReplyDelete
  10. buat pembedahan kot..tu tak perasan agaknye..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails