Skip to main content

Rakyat Malaysia Buang 1.8 juta Tan Sampah Setahun- Hebat ke Tak Hebat?




Wajarkah Malaysia digelar sebagai Darul Sampah atau negara sampah? Rasanya tak salah kalau Encik Billy memberi gelaran macam tu berdasarkan fakta-fakta 'paling menakutkan' di bawah:


Ini fakta paling menakutkan tentang budaya pembaziran rakyat Malaysia:
  • Dalam tempoh setahun, sebanyak 1.8 juta tan sampah dibuang oleh rakyat Malaysia atau purata 1.3 kilogram bagi setiap penduduk.
  • Sekiranya ia tidak dikutip dan diurus dengan baik, longgokan sampah berkenaan boleh memenuhi kawasan bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai keluasan 243.65 kilometer persegi dalam masa tiga hari.
  • Pada 2001, jumlah sisa pepejal atau sampah yang dikutip sebanyak 17,000 tan sehari dan meningkat 19,000 tan pada 2005. Terkini, jumlah kutipan harian dianggarkan lebih 20,000 tan dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara menjangka ia bertambah kepada 30,000 tan sehari menjelang 2020.
  • Dalam tempoh 10 tahun akan datang terdapat kemungkinan sampah yang dihasilkan meningkat dua kali ganda berikutan pertambahan penduduk.
  • Jumlah sampah akan meningkat di antara 3 hingga 5 peratus setiap tahun dan cabaran terbesar adalah sikap kita terhadap penghasilan sampah secara mudah.
  • Sikap membazir membuang sisa makanan ketara di kawasan bandar berbanding penduduk di pedalaman atau kampung yang banyak mengitar semula makanan tidak habis dengan memberikannya kepada ternakan seperti ayam dan itik.
  • Daripada anggaran 20,000 tan sisa pepejal dibuang setiap hari, 45 peratus adalah sisa makanan, 24 peratus (4,800 tan) plastik, tujuh peratus (1,400 tan) kertas, enam peratus (1,200 tan) bahan logam, tiga peratus (600 tan) kaca dan lain-lain.  


Menakutkan bukan kalau dalam tempoh 3 hari saja bandaraya KL boleh penuh dengan sampah-sarap yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia? Itu baru dalam 3 hari, kalau setahun? MasyaAllah!

Perlu diingat, berdasarkan fakta diatas, 45 peratus daripada sampah yang dihasilkan adalah daripada sisa makanan, memperlihatkan betapa banyaknya makanan di Malaysia ini.

Ini semua rasanya bermula daripada sikap membazir di kalangan rakyat Malaysia yang berbelanja mewah dalam membeli makanan, terutama sekali di musim-musim perayaan-makan sampai nak mati! Bila tak habis, humban dalam tong sampah- satu contoh pembaziran.


Solution?

Malas nak cakap banyak-banyak. Kempen kitar semula, kempen itu, kempen ini semua tak jalan. Satu cadangan saja nak kasi...apa kata pihak berkuasa kenakan caj bagi setiap sampah yang dihasilkan. Sekarang kita jarang jumpa orang buang surat khabar atau kertas sebab ada orang yang datang kutip atau beli di rumah. Semua sampah itu ada harga, sama seperti tin minuman daripada aluminium. Ringkasnya, bila kita letak harga pada sampah, orang tak akan buang dan tak akan membazir sewenang-wenangnya.

Pendapat korang?


    Comments

    1. salam..susahkan nak cari solusinya..rasanya balik pada ajaran agama..jangan membazir n jaga kebersihan..huhu

      ReplyDelete
    2. kalau rakyatnya mental rosak..gubal undang2 mcm2 mane pun...buat kempen ape2 pun...tak akan ada perubahan positif

      ReplyDelete
    3. billy, cadangan tu bernas tp cm tak praktikal la.mentaliti org msia rata2 nya masih kelas ketiga0susah nak berubah

      ReplyDelete
    4. @suri solehah ajaran agama tu salah satu daripada solusinya..tp ia memakan masa dan lebih berbentuk kepada kerelaan dan kesedaran diri.kalau boleh kita nak satu solution yg benar2 berkesan,pantas,segera..

      ReplyDelete
    5. @aiex sepet setuju.mentaliti rakyat msia masih di takuk lama.kita beria nakkan kemudahan kelas pertama, pd masa yg sama mentaliti kita masih kelas ketiga.

      ReplyDelete
    6. @nawaitoo hehe..itu just pendapat aku jer.mungkin nmpk tak praktikal..tp sesetengah negara cam hong kong n singapore diorg da berjaya guna kaedah tu..tp yela, myb sb rakyat diorg mentaliti negara maju, tak mcm rakyat msia sb tu diorg brjaya

      ReplyDelete
    7. blh bagi rujukan x??

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Popular posts from this blog

    Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

    Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

    15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

    Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

    Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

     Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”