Setiap benua kecuali Antartika telah dimasukkan dalam daftar 25 negara tergemuk 2010/2011 oleh organisasi kesihatan sedunia WHO. Badan PBB yang menguruskan hal ehwal kesihatan itu menjangkakan bahawa pada 2015, jumlah orang dewasa yang mempunyai berat badan berlebihan akan melonjak menjadi 2.3 billion orang, naik mendadak dari 1.6 billion orang pada 2005. Jumlah orang obes juga meningkat dari 400 menjadi 700 juta.
Berikut ini adalah senarai negara-negara yang jumlah penduduk gemuknya paling besar dengan ratio BMI melebihi 25 (data WHO):
1) Nauru: 95 peratus
1) Nauru: 95 peratus
Pulau kecil Nauru merupakan negara yang berada di ranking pertama. Negara kecil itu merupakan salah satu daripada 8 negara di Kepulauan Pasifik yang masuk dalam senarai 10 terbesar. Sejarah budaya masyarakat Nauru memang dikenali dengan tradisi kegemukan, di mana bayi perempuan yang lahir dibesarkan di rumah serta diberi makan secara berlebihan.
Berikut ini pula ialah negara-negara pulau lain, bersama dengan Amerika Syarikat yang menduduki ranking 9 terbesar: 2) Micronesia, 3) Kepulauan Cook dan 4) Tonga: 92 peratus; 5) Niue: 84 peratus; 6) Samoa: 83 peratus; 7) Palau: 81 peratus; 8) Amerika Syarikat: 79 peratus; 9) Kiribati: 77 peratus.
10) Republik Dominika: 76 peratus
Negara ini pernah berjuang melawan masalah kekurangan gizi dan penyakit. Kerana itu, timbul persepsi bahawa tubuh gemuk adalah baik. Seorang nenek akan gembira melihat cucu-cucunya menjadi gemuk kerana ia diertikan bahawa mereka tidak lagi mengalami gizi buruk dan kekurangan zat.
11) Kuwait: 75 peratus
Kurun ke 20 setelah minyak ditemui di Kuwait, ada perubahan pola hidup pada populasi dari sebahagian besar masyarakat Badwi nomad, menjadi masyarakat moden yang kaya raya. Kebiasaan makan mereka tentu juga berubah.
12) Argentina: 75 peratus
Argentina menjadi negara utama di antara negara-negara Amerika Selatan dalam hal kegemukan. Salah satu hal yang dikatakan sebagai penyebab adalah urbanisasi. Dikatakan sekitar 16 peratus kanak-kanak di Argentina memiliki berat badan berlebihan dengan 40 peratus daripadanya menghabiskan lebih dari 4 jam sehari di depan kaca televisyen atau komputer.
13) Mexico: 73 peratus
Awal tahun lepas pemerintah Mexico mengumumkan larangan terhadap junk food, jus bergula, serta minuman bergas di sekolah yang dikatakan menjadi antara penyebab kegemukan dikalangan pelajar.

14) Australia: 71 peratus
Sebuah kajian yang dijalankan tidak lama dulu menunjukkan bahawa kegemukan telah mengatasi rokok sebagai penyebab utama penyakit di Australia Barat. Orang Australia lebih suka akan minuman manis dan kerananya obesiti meningkat ketara.
15) Mesir: 70 peratus
15) Mesir: 70 peratus
Wanita Mesir majoritinya menghadapi obesiti, iaitu 76 peratus dari mereka berbanding 65 peratus untuk golongan lelaki. Kebanyakan daripada mereka pula adalah suri rumah tangga yang jarang keluar rumah. Wanita di sana jarang dianjurkan untuk bersukan.
Lalu bagaimana dengan situasi rakyat Malaysia, adakah rakyat Malaysia termasuk dalam kategori gemuk, obes atau semuanya slim dan ramping-ramping belaka? Jangan terkejut kalau statistik menunjukkan lebih daripada 60 peratus rakyat Malaysia GEMUK! Encik Billy pernah buat satu entri pasal benda ni dulu. Kalau nak baca sila klik di sini.
sumber: http://wahw33d.blogspot.com
huhuhu..takutnyerw nak gemuk..hahahaha pasne slalu joging lah
ReplyDelete@dina darwina jgn sekali-kali jadi gemuk!nak jadi gemuk tak susah, tp nk kuruskan balik badan memang susah. bg yg ada pengalaman, taulah betapa susahnya nk kuruskan balik badan. so kalu dh kurus tu maintain jelah..
ReplyDeletewow .ta sangke bleh ade info camni .thx !
ReplyDeletewawau.... teruk jgk kan ? naik lagi 10 peratus, Malaysia dh boleh tersenarai top-ten dah... yelah...Malaysia ni kan 'syurga makanan' kata org ~
ReplyDeletemalaysia mcm mn pula..
ReplyDeletehehehehe..
waaa....nasib baik sy da kuruskan badan....hahahaha
ReplyDeletetidak adanya kesadaran masyarakat di sana akan bahayanya obesitas
ReplyDelete