Skip to main content

60 Peratus Rakyat Malaysia Gemuk!

Ini fakta bukan auta! 
Kira-kira 60 peratus atau 17 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia adalah gemuk, mengikut perangkaan terbaru Kementerian Kesihatan.

Hah! Biar betul?



Fakta Ringkas:
  • 30 peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan (kira2 8.5 juta orang)
  • Manakala 30 peratus lagi mengalami obesiti
Baca artikel selengkapnya di bawah ini:



Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

"Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.


p/s: setuju! marilah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. ramai orang bila dah gemuk konon nak berdiet nak kuruskan badan tapi silap konsep. diet bukan bermaksud perlu ikat perut berlapar tapi maksud yang lebih tepat adalah pemakanan seimbang. (diet=pemakanan seimbang). kesalahpahaman konsep ini perlu diperbetulkan...bagi anda yang ingin mengukur tahap obesiti badan anda, mungkin garis panduan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berikut boleh menjadi panduan.


---->> ataupun boleh juga rujuk pada post saya yang terdahulu tentang cara-cara sebenar berdiet (klik sini)

sumber: utusan malaysia dan WHO

Comments

  1. n I'm one of it~..huhuh..
    Diet in progree~

    ReplyDelete
  2. ok chubby,,,,
    ahahah siap x nak ngaku

    ReplyDelete
  3. Aiyooo.... termasuk aku ler tu... hahaha...

    ReplyDelete
  4. haaaa, nk tnye, cmne kalau berat 75kg dan tinggi 174..tp sy xgemuk...tp kalau ikut BMI sy obese class 1....

    ReplyDelete
  5. @Anonymousmybe u rasa tak gmuk but based on medical term u r, so wat is important make a medical check specially ur cholesterol level, ramai org kurus suddenly passed away cuz kolesterol tinggi dlm jantung... btw most important is practice healthy eating habit....

    ReplyDelete
  6. BMI bukanlah penentu kurus@gemuk sebab BMI banyak kelemahan tanpa mengira faktor dari segi komposisi lemak atau air sebagai contoh seorang ahli bina badan yang mempunyai ketinggian 170 cm dan berat 83kg adakah dikategorikan sebagai gemuk sebab massa otot yang besar mampu menjadikan badan seseorang berat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.