Skip to main content

Krisis Nuklear Jepun Mungkin Lebih Teruk Dari Chernobyl ??





Pelepasan radioaktif diramal lebih meluas berbanding loji Ukraine


Jepun menetapkan krisis loji nuklearnya setanding dengan bencana atom paling teruk sebelum ini di Chernobyl, Ukraine, pada 1986, selepas menaikkan tahap serius daripada 5 kepada 7 dan satu lagi gempa bumi 6.3 skala Richter di timur Tokyo awal semalam tidak membantu keadaan.


Tahap 5 dan Tahap 7
  • Pada tahap 5, masalah loji Fukushima sama dengan insiden Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979. Tahap 5 adalah pelepasan terhad bahan radioaktif dengan beberapa kematian, menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
  • Tahap 7 pula membabitkan pelepasan radiasi besar-besaran dengan kesan meluas terhadap kesihatan dan alam sekitar.



Keadaan terkini di loji Fukushima:
  • Belum ada kematian disebabkan radiasi dilaporkan sejak gempa bumi disusuli tsunami melanda Jepun sebulan lalu menyebabkan loji nuklear Fukushima rosak dan melepaskan bahan radioaktif manakala 21 pekerjanya jatuh sakit.
  • Majlis Keselamatan Nuklear Jepun (NSC) dan Agensi Keselamatan Industri dan Nuklear (NISA) menemui unsur radioaktif iodin-131 dan cesium-137 . Sejak krisis nuklear bermula, 500,000 terabecquerel radiasi dan iodin-131 dilepaskan ke udara, melebihi tahap minimum radiasi . Angka itu melebihi tahap 7.
  • Menurut Skala Insiden Radioaktif, skala itu membabitkan berpuluh ribu terabecquerel iodin-131. Satu terabecquerel sama dengan satu trilion becquerel, satu ukuran radiasi.
  • Selepas bahan radioaktif dilaporkan sampai di Amerika dan Eropah, Kementerian Sains Jepun menyatakan, bahan strontium, antara unsur radiasi paling bahaya, dikesan dalam kadar kecil dalam tanah dekat loji Fukushima.
  • Di Chernobyl, 5.2 juta terabecquerel radioaktif dilepaskan, 10 kali ganda dibandingkan Fukushima tetapi seorang pegawai mengakui loji nuklear Jepun akan mengatasi catatan itu jika pelepasan radiasi gagal dikawal.
  • Suruhanjaya nuklear negara itu juga mengeluarkan satu kiraan awal jumlah terkumpul pendedahan luaran kepada radiasi, mengatakan ia melebihi had setahun 1 milisievert di kawasan meliputi lebih 60 kilometer ke barat laut loji itu dan kira-kira 40 kilometer ke selatan-barat daya, lapor agensi berita Kyodo.

 

Tindakan yang diambil setakat ini:
  • TEPCO sudah mengepam 10,400 tan air radioaktif paras rendah ke laut untuk mengosongkan kapasiti simpanan untuk air amat tercemar dari reaktor.
  • Dalam satu tindakan terdesak untuk menyejukkan batang bahan api amat radioaktif, TEPCO sudah mengepam air ke dalam reaktor, sesetengahnya yang mengalami peleburan sebahagian.
  • Namun strategi itu menghalang tindakan memulihkan sistem penyejukan dalaman loji ketika jurutera perlu memfokuskan bagaimana menyimpan 60,000 tan air tercemar.
  • Jurutera turut mengepam nitrogen ke dalam reaktor untuk membalas peningkatan hidrogen dan menghalang satu lagi letupan yang menyebabkan lebih banyak radiasi terbebas ke udara, namun mereka berkata risiko satu lagi insiden dramatik berkurangan dengan ketara sejak gempa 9.0 skala Richter melanda 11 Mac lalu.

Fakta-fakta di atas terlihat amat menakutkan. Mungkinkah satu malapetaka dahsyat akan sekali lagi melanda dunia?

sumber: berita harian, utusan

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.