Skip to main content

Kerajaan Taiwan Wujudkan Zon Seks Untuk Lindungi Pelacur




Langkah diwujud bagi membolehkan pelacur dan pekerja seks dilindungi di sisi undang-undang.


Kerajaan Taiwan merancang untuk mewujudkan sebuah daerah 'lampu merah' sah di sisi undang-undang supaya mudah mengawasi perdagangan seks dan melindungi hak pekerja seks.

Di bawah cadangan itu, pekerja seks boleh memohon lesen untuk beroperasi dalam zon dibenarkan dan didenda jika beroperasi di tempat lain bersama pelanggan.

Pelacur ketika ini berdepan penjara tiga hari atau denda sehingga Tw$30,000 (RM3,029) jika diberkas menyediakan perkhidmatan seksual sementara pelanggan tidak dihukum.


“Kerajaan bercadang membuka industri seks secara sederhana untuk menguatkuasakannya mengikut majoriti pendapat awam,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Liu Wen-shih, yang dijangka menghantar cadangan kepada Kabinet bulan depan.

Satu undian dijalankan kementerian lewat tahun lalu mendapati 76.5 peratus bersetuju dengan pembukaan bersyarat perdagangan seks itu, sementara 14.5 peratus mahukan larangan dan 7.6 peratus menyokong pembukaan tanpa syarat.




Ketika tiada angka rasmi skala untuk industri seks Taiwan, pemerhati menganggarkan ia membabitkan ratusan ribu orang dan menjana satu bilion dolar (RM3 bilion) setahun.

sumber: berita harian 

Comments

  1. tak lama lagi giliran mesia pulak. tunggu je la

    ReplyDelete
  2. @Ifti Larina mintak2 dijauhkan le..nanti bala satu msia baru tau

    ReplyDelete
  3. @peGuaM_BiSaYa mungkin. sb kat mesia yg byk involve dlm gejala sex industri ni dr golongan pondan2/mak nyah cm ni la selain pendtg haram China, vietnam n philipine.org tempatan asenya byk jd tauke or mak ayam je kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”