Monday, April 18, 2011

Hukum Tukar Jantina/ Jadi Pondan




Kisah lelaki bertukar jantina/ berpenampilan wanita/ menjadi mak nyah dan pondan banyak menghias dada akhbar tempatan akhir-akhir ini sehingga menimbulkan kebimbangan masyarakat apakah ia fenomena akhir zaman?


Pembedahan Buang 'Anu'

Walaupun pelbagai risiko, kesakitan dan bahaya di hadapan, mereka seolah-olah nekad dan tidak gerun membuat keputusan melakukan pembedahan menukar alat kelamin. Sebaliknya, 'wanita' terbabit mengaku gembira dan puas dengan keadaan dirinya yang berubah sepenuhnya menjadi wanita selepas pembedahan membuang alat kelamin.


Jangan terkejut kos untuk melakukan pembedahan membuang 'anu' menelan belanja puluhan ribu ringgit, antaranya RM15,000 menukar alat sulit, punggung (RM12,000), gigi (RM10,000) dan membentuk payudara RM5,000.

Selepas melakukan pembedahan, mereka menggoda golongan sejenis sehingga sanggup melakukan hubungan seks terlarang. Pembedahan kepada alat sulit kelamin itu membolehkan mereka merasai nikmat sebagai seorang wanita sehingga tidak memikirkan langsung mengenai dosa.

Apa yang menghairankan, setiap kali perkara berkenaan diselidiki, hujah mereka tetap sama iaitu tidak mampu membendung perasaan dan naluri yang lebih menjurus kepada wanita.

Melihat fenomena yang kian membimbangkan ini, apatah lagi banyak kes berlaku membabitkan umat Islam, apakah masyarakat dan golongan agama harus terus membisu?

 

Hukum Menukar Jantina di Sisi Islam

Dari sudut hukum dalam Islam, cukup jelas perbuatan itu haram. Tidak kiralah sama ada lelaki mahu menukar jantina kepada perempuan atau sebaliknya. Ulama bersepakat mengatakan haram juga bagi lelaki menyerupai perempuan melalui cara berpakaian, gaya dan tingkah laku.

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari).

Hadis lain, daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

Sudah jelas hukum haram terbabit yang mana melarang lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya. Apabila sesuatu larangan dalam nas itu disertai dengan laknat, maka hukumnya berdosa besar dan fasik sehinggalah seseorang itu bertaubat nasuha.

Perbuatan menyerupai pun dikira berdosa besar apatah lagi perbuatan mengubah anggota lelaki menjadi anggota wanita, bermakna dosanya amat berat sekali. Menukar jantina termasuk dalam kategori dosa besar iaitu cuba mengubah ciptaan Allah atas dasar tidak puas hati dengan takdir Allah.

Perbuatan mengubahsuai ciptaan Allah datangnya daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata". (Surah an-Nisaa' ayat 119).

Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk". (Surah at-Tiin ayat 4).



Implikasi Sosial

Alasan naluri mahu jadi perempuan tidak boleh diterima bagi mengharuskan perbuatan terkutuk itu. Jika naluri yang kononnya dijadikan hujah kuat untuk mereka melakukan semua itu bagaimana pula perkara mungkar lain seperti merogol, mencuri atau mengambil dadah?

Malah, dosa kian bertambah apabila dalam masa sama mereka mengambil kesempatan menjadikan lelaki sebagai teman sosial atau merelakan hubungan seks berlaku. Itu belum lagi hal yang lain seperti masalah perkahwinan, mengerjakan haji atau umrah, bersembahyang serta pengebumian. Selain itu, mereka berdepan kemungkinan mendapat penyakit tertentu kesan daripada pembedahan. Jadi, keseronokan mereka itu sebenarnya hanya sementara.

Pokok pangkalnya, setiap perbuatan yang ditegah dan dilarang Allah pasti ada sebabnya dan tetap dikira berdosa. Tiada satu alasan pun boleh diterima untuk mengharuskan atau membenarkan ia berlaku.

Menyesali rupa bentuk atau keadaan sedia ada adalah perkara yang tidak patut kita semaikan dalam diri. Tujuan kita hidup adalah untuk mengambil hikmah dari setiap kejadian yang alami. Sebagai Muslim yang beriman, menjadi kewajipan mereka menjaga tubuh badan dengan sempurna selain dilarang sama sekali mengubah suai serta menghiasinya dengan tujuan yang diharamkan syarak.



Pengecualian

Walau bagaimanapun, pembedahan untuk mengembalikan atau memulihkan semula kecacatan anggota badan yang tidak berfungsi adalah harus.

Contohnya, pemindahan organ atau anggota badan yang diambil daripada orang yang hidup atau mati seperti jantung, buah pinggang dan mata kepada mereka yang memerlukannya.

Berdasarkan fatwa bekas Mufti Mesir, Sheikh Al-Hasanin Makhluf, bagi menghadiahkan anggota atau organ, ia perlu memenuhi beberapa syarat termasuk memastikan kejayaan pemindahan terbabit yang bukannya berdasarkan sangkaan, berada dalam keadaan darurat, pembedahan dan pemindahan perlu dilaksanakan dengan cermat, teliti, dan berhati-hati serta meminta keizinan terlebih dahulu daripada waris.

Pembedahan plastik bagi tujuan kecantikan juga dilarang kerana ia bertujuan untuk bermegah-megah selain melanggar fitrah dan merosakkan anggota badan.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata golongan yang menukar jantina tidak dapat menerima qada dan qadar Allah.

"Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Naluri ingin menukar jantina ini adalah antara bisikan syaitan dan iblis yang ingin merosakkan mereka.

"Kita perlu bijak memilih mana satu perkara baik dan buruk. Justeru, dalam hal ini mereka perlu membantu diri mereka melawan nafsu serta naluri buruk," katanya.

Beliau berkata, pelbagai masalah akan menimpa terutama berkaitan perkahwinan, ibadah serta pengebumian apabila meninggal dunia kelak.

"Akibat melawan takdir Allah, setiap kebajikan dan amalan mereka lakukan tidak diterima Allah. Contohnya sembahyang, akibat penukaran jantina ini mereka perlu melakukannya mengikut cara wanita.

"Ia bukan saja merosakkan ibadah diri sendiri malah turut merosakkan ibadah orang lain. Begitu juga apabila meninggal dunia, jenazah mereka perlu disemadikan mengikut cara lelaki. Tambah menyeksakan, jenazah terpaksa dibedah semula bagi membuang alat kelamin wanita," katanya.

Katanya, walaupun ada yang mendakwa mereka hidup bahagia, hakikatnya gagal menyembunyikan perasaan bersalah.

"Ketika usia muda, memang semuanya ingin tampil cantik tetapi apabila meningkat tua, naluri hendak cantik itu tiada lagi. "Ditambah pula pelbagai berpenyakit, pasti mereka akan menyesal," katanya.


sumber: harian metro

Entri-Entri Berkaitan.....

14 comments:

  1. orang2 mcm ni biasanya mana fikir dunia akhirat, yang mereka mahu kepuasan dan keseronokan semasa hidup.

    ReplyDelete
  2. x dak koje cari koje..
    bersyukurlah atas apa yg ada..

    ReplyDelete
  3. itu asyraf muslim ke? huhux...=-=

    ReplyDelete
  4. @Wyna Nubies yup tu ashraf muslim time dia belakon teater apa ntah.skang ni dia dh insaf~

    ReplyDelete
  5. Mak Nyah sering ramai tersesat dengan bisikan setan.Mereka harus bersyukur dengan keadaan mereka kerana ujian Allah Taala biasa nya mengandongi rahmat yang tersembunyi tidak kita ketahui.Mengapa mereka terlalu memikirkan soal jantina mereka? Apa salah nya jika belalai tetap tergantong di situ? Terima saja apa yang di beri oleh Tuhan jangan menyombonglan diri dengan seribu satu macam remehan segala bantahan.Masa mereka muda memang banyak kumbang kumbang setan mengidam nanti bila dah kerepot pertengahan usia,pasti menyesal.Mana nak dapatkan semula belalai yang telah di tebas dulu?

    Seperkara lagi,jangan ada Mak Nyah sesat yang hendak menafikan "lobang gua" buatan maknusia tak serupa dengan buatan Tuhan!Dari buatan maknusia,lambat laun akan menjadi cetek dan akhir nya hampir hampir tertutup berdasarkan ibarat luka di badan yang akan bercantum semula sasudah sembuh.Sekira nya Mak Nyah yang berjaya dengan ujian Allah Taala dengan melaknati bisikan bisikan setan yang menjanjikan kebohongan semata,insyaallah,mereka akan hidup selamat di kedua alam iatu dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  6. Gambar paling atas sekali dari kiri ke kanan berparas sama seperti 1)Seniwati Saloma, 2) Seniwati Saadiah, 3) Seniwati Sarimah.
    Siapa saja agak nya Jantan Jantan bernasib baik yang menjadi mangsa mereka agak nya? Mereka kelihatan jauh lebih sofisticated dari Si Mohamad Ashraf mesti seronok kalau dapat makan malam bersama mereka semeja ikan bakar dengan sambal belacan petai dengan gulai terong.Tahan saja lah dari pandangan mata orang ramai yang pasti menjadi tumpuan hebat maklumlah,tiga bintang filem terkenal zaman enam pulohan muncul di gerai makan tepi jalan!

    ReplyDelete
  7. Memang sering dikatakan, mak nyah orang yang hina/dilaknat/ seadanyah meninggal kelak, bumi tidak menerima.. Saya tidak pernah menafikan apa yg dikatakan tu semua salah kerana smunye tertera di hadits2 al quran.. Mak myah dilahirkan sbg lelaki mempunyai naluri wanita, dari ke perasaan/permainan dan permikiran.. Ada juga hingga ke tahap pembedahan untuk mereka menjadi wanita yg sempurna.. Akan tetapi haruskah masyarakat membuat mereka seperti sampah masyarakat?? Haruskah masyarakat menghina/ mengkeji meraka seumpama meraka tidak punyai perasaan?? Allah tidak sesekali myuruh umat2 nya mengutuk/mencaci/menghina orang2 sedemikian walaupun orang islam itu sudah terlanjur dilaknat!! Sbgai orang islam yang sempurna, seharusnya kita menasihatkan/ memberi sokongan moral untuk nya dan membimbing nya ke jalan yang benar.. Doa pahala, syurga neraka Allah yg menentukan bukan sedara2 islam sendiri.. Kebanyakan kaum lelaki mengutuk maknyah mengatakan mereka memalukan kaum lelaki tetapi disebaliknya?? Mereka bersetubuh juga dengan maknyah?? Tiada beza nya kamu yg mengutuk/ menghina maknya, ia bukan membuat kamu masuk ke syurga mahupun dapat pahala yg berlipat ganda.. Malah akan tertarik juga masuk ke neraka.. Renung renung kan la.. Sesungguhnya maknyah itu dilaknat allah, dia tidak terkeluar dari ugama islam.. Disebabkan itu juga, taubat nasuha harus dilkukan mereka yg sudah jauh tersesat.. Insyalah dia terima kembali menjadi kaum2 nabi muhamad.. Amin

    ReplyDelete
  8. Memang sering dikatakan, mak nyah orang yang hina/dilaknat/ seadanyah meninggal kelak, bumi tidak menerima.. Saya tidak pernah menafikan apa yg dikatakan tu semua salah kerana smunye tertera di hadits2 al quran.. Mak myah dilahirkan sbg lelaki mempunyai naluri wanita, dari ke perasaan/permainan dan permikiran.. Ada juga hingga ke tahap pembedahan untuk mereka menjadi wanita yg sempurna.. Akan tetapi haruskah masyarakat membuat mereka seperti sampah masyarakat?? Haruskah masyarakat menghina/ mengkeji meraka seumpama meraka tidak punyai perasaan?? Allah tidak sesekali myuruh umat2 nya mengutuk/mencaci/menghina orang2 sedemikian walaupun orang islam itu sudah terlanjur dilaknat!! Sbgai orang islam yang sempurna, seharusnya kita menasihatkan/ memberi sokongan moral untuk nya dan membimbing nya ke jalan yang benar.. Doa pahala, syurga neraka Allah yg menentukan bukan sedara2 islam sendiri.. Kebanyakan kaum lelaki mengutuk maknyah mengatakan mereka memalukan kaum lelaki tetapi disebaliknya?? Mereka bersetubuh juga dengan maknyah?? Tiada beza nya kamu yg mengutuk/ menghina maknya, ia bukan membuat kamu masuk ke syurga mahupun dapat pahala yg berlipat ganda.. Malah akan tertarik juga masuk ke neraka.. Renung renung kan la.. Sesungguhnya maknyah itu dilaknat allah, dia tidak terkeluar dari ugama islam.. Disebabkan itu juga, taubat nasuha harus dilkukan mereka yg sudah jauh tersesat.. Insyalah dia terima kembali menjadi kaum2 nabi muhamad.. Amin

    ReplyDelete
  9. Memang sering dikatakan, mak nyah orang yang hina/dilaknat/ seadanyah meninggal kelak, bumi tidak menerima.. Saya tidak pernah menafikan apa yg dikatakan tu semua salah kerana smunye tertera di hadits2 al quran.. Mak myah dilahirkan sbg lelaki mempunyai naluri wanita, dari ke perasaan/permainan dan permikiran.. Ada juga hingga ke tahap pembedahan untuk mereka menjadi wanita yg sempurna.. Akan tetapi haruskah masyarakat membuat mereka seperti sampah masyarakat?? Haruskah masyarakat menghina/ mengkeji meraka seumpama meraka tidak punyai perasaan?? Allah tidak sesekali myuruh umat2 nya mengutuk/mencaci/menghina orang2 sedemikian walaupun orang islam itu sudah terlanjur dilaknat!! Sbgai orang islam yang sempurna, seharusnya kita menasihatkan/ memberi sokongan moral untuk nya dan membimbing nya ke jalan yang benar.. Doa pahala, syurga neraka Allah yg menentukan bukan sedara2 islam sendiri.. Kebanyakan kaum lelaki mengutuk maknyah mengatakan mereka memalukan kaum lelaki tetapi disebaliknya?? Mereka bersetubuh juga dengan maknyah?? Tiada beza nya kamu yg mengutuk/ menghina maknya, ia bukan membuat kamu masuk ke syurga mahupun dapat pahala yg berlipat ganda.. Malah akan tertarik juga masuk ke neraka.. Renung renung kan la.. Sesungguhnya maknyah itu dilaknat allah, dia tidak terkeluar dari ugama islam.. Disebabkan itu juga, taubat nasuha harus dilkukan mereka yg sudah jauh tersesat.. Insyalah dia terima kembali menjadi kaum2 nabi muhamad.. Amin

    ReplyDelete
  10. biarla dorang.kamu rang ni,sibuk la!tu dorang x percaya islam sudah!tula mau kiamat gara gara da islam!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails