Skip to main content

Gadis Siam Ini Adalah Remaja Tertinggi di Dunia




Malee disamping ibu bapanya
Fakta Ringkas:
  • Nama: Malee Duangdee
  • Asal: Thailand
  • Umur: 19 tahun
  • Tinggi: 208.23 cm (rekod Guinness paling tinggi)
  • Berat: 130 kg

Info Selanjutnya:

Malee Duangdee dari Thailand timur sedar dia berbeza dengan kanak-kanak seusianya sejak muda lagi. Ketinggiannya meningkat begitu pantas berbanding rakan sekolahnya. Dengan ibu bapanya hanya di paras bahu, remaja gergasi belasan tahun ini yang setinggi 208.23 sentimeter adalah paling tinggi di dunia dan dia masih membesar.

Ketika berusia sembilan tahun, ibunya, Ji, 40, membawanya berjumpa doktor kerana menyedari perbezaan anaknya dengan rakannya dan mahu memastikan tidak ada apa-apa yang serius dengannya.

Doktor menemui ketumbuhan dalam otak yang menindih satu saraf yang mengganggu keseimbangan hormon dan menyebabkan ketinggiannya tidak akan terhenti. Kini, Malee memerlukan suntikan yang menelan belanja kira-kira RM10,000 setiap tiga bulan untuk mengawal pertumbuhannya.


Ketinggiannya menyebabkan gadis berusia 19 tahun ini berdepan masalah ketika bersekolah. Dia dibuli dan terpaksa menghabiskan sebahagian besar kehidupannya dalam kesunyian kerana tidak mempunyai kawan.

“Saya seperti orang tidak siuman. Budak sekolah membuli dan mengejek saya. Namun, sejak berhenti sekolah, saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan saya. Saya terpaksa menjalani kehidupan sendiri tetapi ia sangat sukar,” kata Malee.

Akibat ketumbuhan itu, penglihatan Malee terjejas. “Sejak kecil lagi saya dapat rasakan saya terlalu tinggi dan memakan ubat menjadi sebahagian daripada kegiatan harian saya. Namun, apabila semakin dewasa, penglihatan saya bertambah kabur. Begitu sukar untuk saya ke mana-mana.” Ibunya berkata dia dan suaminya melakukan yang terbaik untuk Malee tetapi berdepan masalah kewangan.

“Suntikan itu berjaya mengawal pertumbuhannya tetapi ia sangat mahal. Malee sepatutnya disuntik setiap tiga hingga enam bulan tetapi kami sentiasa tidak dapat membiayainya,” kata Ji.

Keadaan Malee kelihatan terkawal ketika ini dan sejak meninggalkan sekolah, kehidupannya menjadi lebih tenteram.

“Di sekolah, semua pelajar mengejek saya. Ada satu yang saya tidak faham dan tidak dapat terima ialah ‘Malee pengotor’. Mereka sentiasa menyakitkan hati saya. Ia membuat saya sedih.

“Saya begitu terdesak untuk mendapatkan kawan untuk bermain. Mujur ada guru yang baik dan sentiasa cuba membantu. Kini, saya tidak ada hubungan dengan budak-budak itu.” Kebanyakan masanya kini dihabiskan dengan keluarganya, terutama adiknya, Daoruang yang berusia tiga tahun.



“Saya membantu ibu di sekeliling rumah dan memasak. Tak banyak kerja yang saya lakukan. Saya tidak mempunyai teman lelaki. Saya berasakan perkahwinan adalah sesuatu yang mustahil bagi orang seperti saya. Saya terlalu berbeza.

“Bapa saya bimbang dengan keadaan saya. Dia tidak mengizinkan saya ke mana-mana bersendirian kerana kadangkala saya memerlukan bantuan untuk berdiri. Saya agak berat tetapi seperti gadis seusia saya yang lain, saya suka disayangi dan tinggal bersendirian, membina kehidupan sendiri dan bergembira. Tidak ada siapa tahu apa akan berlaku pada masa depan.”

Malee secara rasmi dinobatkan sebagai gadis paling tinggi di dunia dalam Buku Rekod Guinness pada 2009, mengatasi Elisany Silva dari Brazil. Ketinggian Elisany hanya 205.74 sentimeter.

 
 
 


Bila gadis tertinggi bertemu dengan lelaki terendah di dunia, Khagendra Thapa Magar dari Nepal...

 
 
 

source: hmetro, http://www.dailynewsbrief.net, http://www.dailymail.co.uk, http://www.thetallestman.com, http://www.whatsonsanya.com

Comments

  1. subhanallah.. tingginya... ni laa antara salah satu kekuasaan Illahi..

    ReplyDelete
  2. em tingginya...kalu dia kurus sket mesti leh jd model

    ReplyDelete
  3. @nawaitoo

    betol2.kalo jd model dh blh tmpung kos rawatn die dah.sian die.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.