Skip to main content

Dekorasi Seni Terpanjang di Dunia




Dinding dan bumbung beberapa buah stesen tren bawah tanah di Stockholm Metro, Sweden dihiasi pelbagai lukisan yang menampilkan dekorasi seni terpanjang di dunia.

 


Info Ringkas:


Syarikat pengendali pengangkutan tempatan, SL berkata, lukisan di stesen tren merupakan sebahagian daripada hasil seni orang awam di Sweden.

Menurutnya, 90 daripada 100 stesen tren bawah tanah di sini dilukis oleh 140 pelukis tempatan selain perhentian bas awam.

Sebuah stesen tren bawah tanah di sini memiliki bumbung merah seperti api manakala stesen yang lain dihiasi patung-patung yang diukir timbul pada dinding.

Menurut pihak pengurusan SL, hasil seni itu bukan untuk tujuan hiasan semata-mata tetapi ia berperanan untuk mengelakkan orang ramai daripada sesat selain membantu mengurangkan perbuatan vandalisme.


Lagi gambar-gambar menarik:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

p/s: kan bagus kalau stesen LRT Putra bawah tanah di Malaysia buat mcam ni? takdelah nampak 'dull' dan menyeramkan terutamanya yang dekat Stesen Kampung Baru n Masjid Jamek tu..kan3?

source: http://flavorwire.com

Comments

  1. menarik2. tapi kat pasar seni ade jugak lukis2 ni. yg kat tepi sungai tu. sungai dah la bau harum. haha.

    ReplyDelete
  2. betul3..tp stesen dang wangi lg seram rasanya.katanya tempat tu keras sikit...

    ReplyDelete
  3. dekor yang sangat bagus dan indah sekali

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.