Skip to main content

Saintis Kesan 50 Bilion Planet di Bima Sakti



Para saintis menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 50 bilion planet di dalam galaksi Bima Sakti dengan lebih kurang 500 juta daripadanya terletak di zon Goldilocks yang mempunyai iklim sesuai untuk hidupan.

Galaksi Bima Sakti
Jumlah planet itu dikenal pasti melalui pemerhatian awal menggunakan teleskop Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) selama hampir dua tahun walaupun misi tersebut dijangka mengambil masa selama tiga tahun setengah dan mencecah kos sehingga $600 juta (RM1.86 bilion).

Teleskop Kepler milik NASA
Ketua Sains Kepler, William Borucki berkata, kiraan oleh saintis itu dibuat berdasarkan jumlah planet yang ditemui pada tahun pertama untuk mencari satu bahagian kecil di langit, sebelum menganggarkan kewujudan planet berdasarkan bilangan bintang yang mempunyai planet.

Kepler mengesan planet ketika ia mengelilingi laluan antara Bumi dan bintang yang diorbitnya. Sehingga kini, Kepler telah mengenal pasti 1,235 planet dengan 54 daripadanya berada dalam zon Goldilocks dan misi utamanya bukanlah untuk mengenal pasti planet mana mempunyai hidupan namun ia sekadar petunjuk kepada ahli astronomi mengenai planet yang berpotensi untuk hidupan.


Sementara itu, Borucki dan rakan saintis lain mengumumkan pihaknya telah mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami pada Sabtu lalu semasa persidangan tahunan Sains Lanjutan Persatuan Amerika di Washington.

“Itu adalah jumlah maksimum kerana bintang-bintang yang ditemui ini boleh mempunyai lebih daripada satu planet dan Kepler masih membuat pemerhatian terhadap planet yang jauh dari bintang, seperti Bumi,” kata Borucki.

 

Saintis mengambil masa bertahun-tahun bagi mengenal pasti terdapat 100 bilion bintang di dalam Bima Sakti namun pada tahun lepas di Yale, saintis mendapati jumlah tersebut menghampiri 300 bilion bintang.

Tambah Borucki, jumlah tersebut hanya melibatkan galaksi Bima Sakti sahaja dan terdapat 100 bilion galaksi.

 

“Pertambahan jumlah bintang yang ditemui menimbulkan persoalan adakah terdapat hidupan lain di alam semesta dan jawapannya tidak diketahui,” ujar Borucki.

Comments

  1. Cari bermacam-macam informasi terkini berkaitan dengan teknologi, perisian, komputer, pelaburan, kenderaan, peralatan mudah-alih, pengetahuan umum dan segalanya di http://kendrabing.com

    Anda juga boleh mengambil kesempatan untuk mempromosikan hasil penulisan di blog anda di Kendra Bing tanpa had asalkan terma dan syarat dipatuhi.

    * Buatan Malaysia untuk orang Malaysia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.