Skip to main content

Rakyat Msia Belanja Lebih Setengah Billion Ringgit Untuk Tonton Wayang Pada 2010!



Percaya atau tidak jika sepanjang tahun lalu sahaja rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM 518.6 juta atau kira-kira lebih setengah billion ringgit untuk menonton wayang di 100 buah pawagam tempatan dengan jumlah penonton sebanyak 54.29 juta orang (sila rujuk statistik di bawah). Ia satu angka yang dianggap besar, tetapi masih lagi kecil jika dibandingkan dengan perangkaan di negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

 Daripada kutipan RM 518.16 juta itu, jika dipecahkan kepada bahasa filem, ternyata filem-filem berbahasa Inggeris mendominasi carta kutipan dan jauh meninggalkan kutipan filem tempatan. Pada 2010, kutipan filem Inggeris adalah 4 kali lebih tinggi daripada kutipan filem tempatan.

 Tidak terkecuali jumlah pecahan penonton mengikut bahasa filem yang turut dijuarai oleh filem-filem berbahasa Inggeris.


Statistik di bawah ini pula memperlihatkan taburan kutipan kasar dan jumlah penonton mengikut negeri-negeri di Malaysia.Ternyata ia didominasi oleh kaki-kaki wayang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


 Daripada statistik di atas, satu saja yang Encik Billy tertanya-tanya; apakah tak ada panggung wayang di Perlis dan Kelantan? 


Sumber: http://www.finas.gov.my

Comments

  1. esok baru rancang nak g tgk wayanggggg!


    ahahahahahha!

    :D

    ReplyDelete
  2. 2 negeri tu mmg xde panggung wayang la tu...

    ReplyDelete
  3. Mmg kelantan x de panggung,PAS hrmkn.perlis ngeri kecik,shopping mall pun xde

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”