Skip to main content

Padah Hidang Cendawan Busut Beracun




Tak sangka pulak yang cendawan busut ni beracun. Dulu-dulu kalau balik kampung, boleh dikatakan kerap jugak le Encik Billy dijamu dengan gulai cendawan busut...tapi lepas baca berita kat bawah ni, rasa gerun la pulak..


Kegembiraan seorang bapa menghidangkan juadah istimewa, cendawan busut untuk keluarganya membawa padah apabila kesemuanya dikejarkan ke hospital petang kelmarin akibat keracunan.

Mangsa yang masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini ialah Mahdzir Baharom, 53, serta tiga anaknya iaitu Siti Nor Hidayah, 22, Siti Nor Baizuri, 17, dan Syafiqah, 13.

Mangsa

Sementara isteri Mahdzir, Faridah Yusof, 50, dibenarkan pulang ke rumah lewat malam kelmarin apabila keadaannya yang tidak serius.

Mahdzir ketika ditemui di wad HSB berkata, dia tidak menyangka tindakannya mengutip dan memasak cendawan busut atau turut dikenali sebagai cendawan tahun untuk hidangan tengah hari mengakibatkan dia sekeluarga terlantar di hospital.

"Saya nampak cendawan ini tumbuh segar di tepi sungai, kira-kira 200 meter dari rumah dan terus mengutipnya kerana cendawan ini hanya tumbuh setahun sekali pada musim hujan sahaja.

"Kemudian, saya bawa pulang kira-kira 500 gram cendawan tahun itu, bersihkan dan goreng dengan cili," katanya di sini semalam.


 Cendawan busut ni banyak tumbuh di kawasan hutan



Dan kalau buat sup, beginilah rupanya...
sumber berita: kosmo

Comments

  1. Aku pernah makan cendawan ni.... huhuh

    ReplyDelete
  2. pasti ke cendawan tu yg dia kutip?...

    ReplyDelete
  3. Kemungkinan besar yang dimak adalah false parasol mushroom (Chloropuyllum molybdites) dan bukan cendawan busut atau parasol mushroom (Lepiota procera).

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.